Connect with us

Oh! Media

Syatilla Melvin Hasilkan Susu Badan Terlalu Banyak, Siap Sedia Derma Untuk Mereka Memerlukan

Ohmedia susu badan tilla

Oh! Artis

Syatilla Melvin Hasilkan Susu Badan Terlalu Banyak, Siap Sedia Derma Untuk Mereka Memerlukan

Setiap wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak pasti akan melalui fasa penyusuan bayi. Kesedaran memberikan bayi susu ibu ini sudah semakin meningkat kerana ia lebih baik untuk si kecil.

Tetapi, tidak semua wanita mampu menghasilkan susu badan yang cukup untuk bayi. Keadaan ini membuatkan mereka terpaksa menghentikan pemberian susu badan dengan lebih singkat berbanding tempoh disarankan doktor.

Bagaimanapun, selain dari memilih mendapatkan susu formula di pasaran, kita sebenarnya boleh meminta susu dari rakan yang mampu menghasilkan kuantiti yang banyak. Ini samalah macam apa yang dilakukan Syatilla Melvin.

IKLAN

Tilla yang beberapa bulan lalu selamat melahirkan anak ketiganya berkongsi hasratnya untuk mendermakan stok susu badannya kepada bayi-bayi yang memerlukan. Ini termasuklah bayi berstatus yatim piatu atau tidak sah taraf.

Image 44

Antara syarat untuk memohon bekalan susu badan ini, perlu lampirkan maklumat lengkap dan latar belakang bayi dan dihantar terus ke DM Instagram @samtilla.

Apa yang dilakukan Tilla ini sangat baik dan semoga ia boleh memfaatkan banyak bayi di luar sana untuk membesar lebih sihat.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas