Connect with us

Oh! Media

Pelajar Melayu Raih Tokoh Terbaik, Ahmad Khidir Kini Jadi Rebutan Universiti!

Ohmedia om Featured New 1200x675

Oh! Inspirasi

Pelajar Melayu Raih Tokoh Terbaik, Ahmad Khidir Kini Jadi Rebutan Universiti!

Seorang pelajar Tingkatan Lima, Ahmad Khidir Ahmad Nazri, kini menjadi bualan ramai selepas dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar Terbaik di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, George Town, Pulau Pinang.

Apa yang membuatkan nama pelajar ini disebut-sebut, apabila ada bebepa buah universiti mula ‘memerhati’ kejayaannya!

Ahmad Khidir dapat berita gembira…

Img 9095

Menurut Ahmad Khidir, dia hanya mengetahui mengenai pihak universiti yang mahukan dirinya menyambung pelajaran di tempat mereka melalui seorang guru.

IKLAN

Saya terkejut apabila Cikgu Sejarah maklumkan ada wakil universiti yang mahukan butiran lanjut mengenai saya. Namun, setakat ini mereka belum menghubungi saya atau keluarga.- Katanya.

Walaupun teruja, Khidir menegaskan fokus utamanya sekarang adalah menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal bermula pada Disember ini.

Tapi pihak universiti berkenaan belum menghubungi saya mahupun keluarga. Ikutkan saya memang berhasrat sambung pengajian ke peringkat universiti dalam bidang sumber manusia dan kalau boleh nak ke Universiti Malaya (UM) atau Universiti Utara Malaysia (UUM)

Saya nak keputusan terbaik kerana persiapan sudah dilakukan sejak Tingkatan Tiga lagi.- Tambahnya.

Lima anugerah dalam satu malam!

Img 9094

Kisahnya mula tular selepas kakaknya, Fatimah Azzahra, memuat naik pencapaiannya di TikTok. Selain Tokoh Pelajar Terbaik, Khidir turut meraih empat lagi anugerah, termasuk Anugerah Timbalan Ketua Pengawas dan Anugerah Terbaik Mata Pelajaran. Kejayaannya ini mengukuhkan lagi imej pelajar Melayu di sekolah tersebut.

#OhmediaNasihat

Pencapaian Ahmad Khidir membuktikan bahawa usaha gigih dan keyakinan diri mampu membuka lebih banyak peluang.

Korang yang masih belajar, jangan pernah putus asa. Fokus pada matlamat, usaha bersungguh-sungguh, dan sentiasa percaya pada kebolehan diri sendiri!

Ohmedia om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas