Connect with us

Oh! Media

Oh! Inspirasi

“Najis Jadi Teman”, Indah Water Konsortium Sambut Ulang Tahun Ke-30 Dengan Teater Amal

Apa tajuk teater macam ni? Seriuslah?

Kami yakin ramai yang akan mempersoalkan tajuk teater ini sebagaimana juga kami semasa sesi sidang media yang diadakan baru-baru ini.

Mengapa najis?

Jawapannya mudah, Indah Water Konsortium (IWK) ingin mengangkat sisi ‘gelap’ kerja-kerja kotor, sukar dan berbahaya yang sering kali kita lupakan.

IKLAN

IWK Kolaborasi Bersama Yayasan Chow Kit (YCK) dan Wayang Kitchen

Pertunjukan teater ini akan membawa penonton menelusuri perjalanan dan cabaran proses rawatan kumbahan dan memberi gambaran akan tugas penting dalam menjaga kesihatan awam dan alam sekitar.

“Najis Jadi Teman” bukan sahaja akan memperingati dedikasi IWK sepanjang tiga dekad perkhidmatannya tetapi juga diharap menjadi satu platform untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan daripada masyarakat setempat.

Melalui kolaborasi kreatif dengan YCK dan Wayang Kitchen, teater ini bertujuan untuk mendidik dan menyuntik inspirasi kepada penonton, di samping meningkatkan semangat mereka dalam menyumbang ke arah perubahan positif demi sanitasi yang baik dalam memelihara kesihatan awam dan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.

“Sebahagian besar kerja kami di IWK berjalan di belakang tabir, selalunya tanpa disedari masyarakat.

Justeru, dalam meraikan ulang tahun syarikat yang ke-30 ini, gembira dapat mempamerkan komitmen kami terhadap kesejahteraan rakyat melalui kerjasama kreatif seperti teater amal ini,” Ketua Komunikasi Korporat IWK, Wan Esuriyanti Wan Ahmad.

Razif Hashim Jadi Pengarah Teater Interaktif ‘Najis Jadi Teman’

Teater interaktif ini bakal mendapat garapan pelakon berpengalaman yang terkenal dengan kepakaran pementasan teater, Razif Hashim bersama krew dari Wayang Kitchen, sebuah syarikat teater antarabangsa
yang memberi tumpuan kepada pementasan teater berkonsepkan makanan hidangan sejak 2019.

Lebih istimewa ia akan dipersembahankan melalui nyanyian dan tarian yang diterajui Atilia Haron, bersama pelakon Alfred Loh dan Phraveen Arikiah.

Manakala barisan anak-anak daripada Yayasan Chow Kit, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang menyokong kanak-kanak dan remaja berisiko di sekitar Chow Kit, Kuala Lumpur akan menjadi watak pembantu untuk teater ini.

Melalui teater amak ini, penonton bukan hanya dapat berhibur malah memberi sumbangan secara langsung kepada Yayasan Chow Kit, kerana semua hasil jualan tiket akan disalurkan kepada pihak yayasan.

Pihak IWK menyasarkan kutipan penuh RM12,000 untuk persembahan teater ini.

Pementasan teater “Najis Menjadi Teman” dijadual berlangsung pada 22 Jun 2024 di IWK Eco Park @ Pantai Dalam. Tiket boleh dibeli mulai 20 Mei 2024 (Isnin), dengan harga RM100 setiap tiket. Semua
jualan tiket akan disumbangkan kepada YCK.

Pembelian tiket boleh dibuat melalui Cloud Joi Platform, yang menawarkan pengalaman tempahan yang mudah dan lancar untuk semua.

Untuk maklumat lanjut, www.iwk.com.my atau ikuti media sosial rasmi IWK di Facebook, Instagram, Twitter dan Tik Tok.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Menyampaikan artikel pemasaran dalam bentuk santai dan infomatif.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas