Connect with us

Oh! Media

Lelaki Cina Jadi Bapa Kepada 3 Anak Angkat Berbangsa Melayu Selama 16 Tahun

Oh! Inspirasi

Lelaki Cina Jadi Bapa Kepada 3 Anak Angkat Berbangsa Melayu Selama 16 Tahun

Wah tak sangka, lelaki berbangsa Cina sanggup besarkan anak angkat yang berlainan bangsa macam anak sendiri! Lagi kagum, dia bukan ambil satu je tapi terus ambil tiga beradik tau.

ADVERTISEMENT

BACA: Tersebar Gambar Bayi 11 Bulan Dengan Alat Pernafasan, Bapa Sebak Terima Bantuan Kereta

Menerusi laporan Harian Metro, lebih terharu apabila Michael difahamkan telah membesarkan tiga anak angkatnya yang berbangsa Melayu itu cukup dengan ilmu agama yang diperlukan walaupun berlainan agama.

Tambahnya, dia mula untuk membuka hati untuk mengambil anak angkat setelah melakukan kerja-kerja amal di rumah anak-anak yatim.

Saya telah jadi ‘ayah’ dan ‘ibu’ untuk mereka.

Pada mulanya dia mahu mengambil seorang sahaja anak angkat, namun anaknya, Rafei Ahmad Fauzi meluahkan rasa rindu terhadap adik beradiknya yang lain setelah dipisahkan.

Saya masih ingat nota yang bertanya mengapa ibu bapa mereka perlu meninggal dunia lebih awal dan mengapa dia berpisah dengan adik-beradiknya.

Ia membuatkan saya terharu, jadi saya membawanya berjumpa dengan abang-abangnya. Tidak lama kemudian, Rasyid dan kemudian Abdul Rahman datang tinggal bersama kami.

Keluarga sokong keputusan ambil anak angkat

Lelaki itu juga mendedahkan keluarga juga tidak melarang keputusan yang dibuat, malah ibunya juga melayan kesemua anaknya seperti cucu sendiri.

Setiap budak ada nakalnya, tapi mereka adalah anak yang baik. Mereka tidak panggil saya ‘ayah’ kerana saya mahu mereka panggil saya Uncle Mike.

Apa yang penting ialah saya ikhlas menjaga mereka sebagai anak saya sendiri.

Sekarang ini, Micheal berkata dia tak rasa sunyi walaupun masih tidak berkahwin malah dia lebih bahagia lagi-lagi dengan kehadiran dua cucu dari Rafei.

Bagusnya ada orang macam ni, tak jadikan bangsa sebagai penghalang untuk buat benda baik. Semoga makin banyak yang macam ni.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas