Connect with us

Oh! Media

Kalau Masa Itu Emas, Kesihatan Pula Apa?

Oh! Inspirasi

Kalau Masa Itu Emas, Kesihatan Pula Apa?

Dalam segmen Oh! Inspirasi hari ini kami nak berkongsi sedikit berkenaan isu kesihatan yang jarang dititikberatkan dalam kalangan masyarakat kita.

ADVERTISEMENT

Hampir semua orang tahu masa itu emas tapi seberapa ramai yang meletakkan kesihatan diri sebagai kepentingan utama dalam hidup korang?

BACA: Apa Itu Kanser Limfoma? Ini 5 Tanda-Tanda Awal Yang Kita Perlu Waspada

Kali ini Oh! Media nak huraikan secara ringkas betapa pentingnya menjaga kesihatan, walaupun sekadar sakit kepala biasa saja, tapi jangan ambil mudah ya.

Menjaga kesihatan diri adalah sesuatu yang perlu diberi keutamaan. Ia membawa pelbagai manfaat yang membentuk aspek fizikal, mental, emosi, dan sosial dalam kehidupan kita.

Dengan mengambil langkah-langkah kecil untuk menjaga kesihatan diri setiap hari, kita boleh merasai perubahan positif yang memberi impak jangka panjang kepada kualiti hidup kita.

Medical check-up, atau pemeriksaan kesihatan berkala, adalah langkah penting dalam memelihara kesihatan diri.

Ini melibatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh pakar perubatan untuk memeriksa keadaan fizikal dan keseluruhan kesejahteraan individu.

Kos pemeriksaan kesihatan berkala di hospital kerajaan hanya sekitar RM100 sahaja, untuk membuat semakan sila layari ke laman sesawang www.moh.gov.my. manakala anggaran kos bagi hospital swasta pula sekurang-kurangnya dalam RM80 ke RM1000. 

Berita baik pula untuk yang mana duduk di kawasan Selangor, sebab warga Selangor boleh dapat pemeriksaan menyeluruh secara percuma je dengan daftarkan diri anda di web Selangorsaring.selangkah.my.

SelangorSaring merupakan inisiatif yang penting dalam usaha untuk meningkatkan kesihatan komuniti di negeri Selangor.

Program ini bertujuan untuk menyediakan peluang kepada penduduk setempat untuk menjalani pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma.

Ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal.

Jangan ambil kesempatan sementara tubuh badan masih sihat ni, kalau mampu nak berjalan sana sini apalah sangat kalau nak berbelanja untuk kesihatan. Itukan lebih penting.

Semoga semua baik-baik sahaja ye. Mencegah lebih baik dari menyesal kemudian hari ye tak?

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas