Connect with us

Oh! Media

Jualan Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Dedah Lebih 500k Botol Sambal ‘Licin’ Setahun

Cover Photo Om 1200 X 675 67

Oh! Inspirasi

Jualan Cecah RM7.5 Juta, Khairul Aming Dedah Lebih 500k Botol Sambal ‘Licin’ Setahun

Selebriti media sosial dan ahli perniagaan, Khairul Aming memang terkenal dengan resepi masakan yang mudah dan lazat. Tidak lokek berkongsi ilmu menjadikan Khairul Aming antara influencer yang disenangi ramai.

Tak hairanlah perniagaan Sambal Nyet yang diusahakannya mendapat sokongan ramai hingga mencecah jualan RM1 juta pada tiga bulan pertama.

BACA: Khairul Aming Dedah Jualan Sambal Cecah RM1 Juta Selepas 3 Bulan, Laku Keras!

IKLAN

Genap setahun Sambal Nyet dilancarkan, Khairul Aming mendedahkan jualan sambal mencecah RM7.5juta bersamaan 540,000 botol.

Menceritakan semula perjalanan bisnesnya, lelaki ini berkata dia bermula dengan R&D sendiri di rumah, kemudian menyewa lot kedai sehingga lah mempunyai kilang seluas 14,000 meter persegi hari ini. Memang inspirasi!

Dia bagaimanapun mengaku banyak membuat kesilapan dalam tempoh itu. Ada tersilap beli mesin, tersilap beli material, tersilap design layout dan macam-macam lagi. Dia juga telah mengeluarkan kira-kira RM1 juta untuk operasi kilang.

Sambal

Di kesempatan itu, Khairul Aming berkata dia sangat terhutang budi dengan sokongan orang ramai yang tidak pernah putus.

Sambal1

Perancangan seterusnya, dia mahu fokus kepada persediaan di bulan puasa dan berharap dapat buat jualan 1 juta botol.

Tahniah! Rasanya ramai tak sabar nak tahu produk terbaru Khairul Aming ni kan?

Kredit: Twitter Khairul Aming

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas