Connect with us

Oh! Media

Menggigil Tahan Sejuk Hantar ‘Order’ Waktu Hujan, Ini Sahaja Yang ‘Rider’ Minta Dari Netizen

Oh! Inspirasi

Menggigil Tahan Sejuk Hantar ‘Order’ Waktu Hujan, Ini Sahaja Yang ‘Rider’ Minta Dari Netizen

Korang pernah tak order makanan melalui rider macam GrabFood atau Foodpanda waktu hari hujan? Kadang-kadang kesian kan tengok abang rider yang hantar pesanan? Habis basah kuyup diorang. Samalah dengan satu video yang viral di Facebook ni. Rider ni sanggup redah hujan lebat dan tak kisah pun diri dia basah lencun, sampai menggigil tangan tahan sejuk.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen nyatakan rasa sedih di ruangan komen bila lihat keadaan rider tersebut. Yelah, siapa yang tak tersentuh tengok kecekalan abang rider demi mencari rezeki. Ada juga yang salahkan customer sendiri sebab nak order juga makanan walau hari hujan. Takde common sense, ke? Dah tahu hari hujan, tunggulah reda sikit baru order.

Bukan hanya netizen biasa, tapi rupanya ada juga wakil-wakil rider yang comment di posting tersebut dan meninggalkan pesan buat para netizen. Kebanyakan rider cakap, mereka tak kisah pun kalau ada yang order makanan walaupun hari hujan. Sebabnya, itu sumber untuk mereka dapat rezeki lebih. Cumanya, mereka harap sangat customer boleh faham keadaan mereka dan tak marah kalau mereka lambat hantar order.

Mana taknya, ada certain customer yang maki rider tau sebab makanan lambat sampai. Lagi teruk, ada yang malas nak turun ambil makanan sendiri, nak juga rider hantar sampai depan pintu. Alahai customer, cubalah ada some manners sikit. Kalau ikutkan, ramai tau rider yang sanggup berlapar sebab nak bagi korang kenyang dulu.

Itu belum lagi ada yang perli rider suka bawak motor laju-laju sebab nak hantar order. Bukan apa, kalau bawak perlahan, nanti lambat sampai, dah kena marah dengan customer. Tapi keselamatan diri penting juga. Mungkin sekurang-kurangnya, kita boleh kasi tips lebih sikit dekat rider lepas mereka hantar order. Itupun boleh dikira sebagai sedekah juga. Apalah sangat setakat tambah lagi 50 sen atau RM1. Tak luak pun pada yang memberi.

Jadi pada anda yang selalu order dari rider, tolonglah respect mereka juga sebagai manusia. Rider pun orang juga ya, jadi tak perlu nak layan macam diorang takde perasaan. Yang penting, hormatlah satu sama lain sebab antara kita saling memerlukan. Kalau takde rider, macam mana orang nak makan? Kalau takde customer, macam mana rider nak cari makan? Haa, kan saling berkait tu.

Kredit: Facebook Wahida Syafiqa

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas