Sudah hampir 2 tahun dunia dilanda wabak pandemik Covid-19 dan tekanan semakin dirasai termasuklah di Malaysia. Ramai yang mencuba untuk bertahan dan mencari ruang serta peluang untuk meneruskan kehidupan.
Disebabkan pihak kerajaan sebelum ini mengumumkan pengeluaran KWSP melalui program i-Citra, kami ingin kongsikan 5 perniagaan secara kecil-kecillan dengan modal hanya RM1,000 yang mungkin korang boleh cuba.
1. Niaga burger tepi jalan
Memulakan perniagaan burger tepi jalan selalu dilihat sangat mudah untuk dilakukan dan modal yang kurang daripada RM1,000 juga amat membantu. Pelanggan juga akan mudah tertarik untuk membeli sebaik sahaja ternampak gerai burger ini ditepi jalan.
2. Menjual produk sejuk beku
Mungkin kita pernah ada kawan-kawan yang menjual produk seperti karipap segera, nugget, bebola ikan, ikan masih atau keropok leko. Produk sejuk beku seperti ini pastinya mendapat sambutan hangat walaupun kita hanya iklankannya di aplikasi Whatsapp dan Facebook.
3. Pakaian berjenama atau bundle
Menjual pakaian juga hanya memerlukan modal yang kurang dari RM1,000. Kita juga dapat mencari pembekal dengan mudah contohnya bagi pakaian jersey pembekal banyak dari sempadan Thailand.
Peniaga juga hanya perlu membayar kos jahitan sahaja kepada tukang jahit yang dipilih dan kita boleh menetapkan harga yang murah dan berpatutan.
4. Menjual pelbagai jenis makanan
Boleh dikatakan perniagaan makanan antara yang kurang terjejas pada waktu ini kerana orang ramai masih memerlukan makanan setiap hari. Modal dan untung juga boleh didapatkan pada hari yang sama selepas selesai perniagaan. Apa yang penting, pastikan masakan yang kita jual sedap dan mempunyai keistimewaan berbanding gerai lain.
5. Perniagaan atas talian
Ini perniagaan yang paling popular sepanjang masa, lagi-lagi waktu pandemik ini bila kita perlu mengahbiskan banyak masa di rumah dan hanya perniagaan atas talian sahaja mampu dilakukan. Banyak medium pemasaran yang kita dapat gunakan seperti Instagram, Facebook, TikTok dan antara yang paling membantu adalah memiliki kedai atas talian sendiri di Shopee dan Lazada.
Diharapkan sedikit perkongsian ini dapat membuka sedikit minda kita untuk memulkan perniagaan dengan modal yang kecil dan jika ada peluang perniagaan kita pastinya dapat berkembang.
+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.