Connect with us

Oh! Media

Ibu Tertangkap Mencuri Didapati Terdesak & Ini Tindakan Polis…

Oh! Inspirasi

Ibu Tertangkap Mencuri Didapati Terdesak & Ini Tindakan Polis…

Sebentar tadi Harian Metro ada melaporkan seorang wanita yang berjaya ditangkap selepas cuba mencuri di sebuah pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

ADVERTISEMENT

Hasil siasatan mendapati wanita yang juga bergelar seorang ibu itu dalam keadaan terdesak mencuri makanan dan penyejuk demam untuk diberikan kepada anaknya yang sedang sakit.

Selepas mengetahui punca sebenar, Ketua Polis Daerah Petaling jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bertindak memberikan bantuan kepada ibu terbabit yang turut membatalkan tindakan (NFA) atas jenayah yang dilakukan.

Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan mencuri kek dan penyejuk demam sebab anaknya demam. Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini. – Kata Nik Ezanee.

Nik Ezanee juga mengajak wanita itu untuk terus ke balai polis untuk mendapatkan bantuan sekiranya mempunyai masalah.

Pihaknya turut menghantar bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban ibu tiga anak terbabit.

Pada waktu yang sukar ini, memang ramai yang perlukan bantuan dan sekiranya kita mengetahui ada orang yang lebih susah dari kita, bantulah mereka.

Kredit: Harian Metro | Polis Daerah Petaling Jaya

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas