Connect with us

Oh! Media

usm

Oh! Inspirasi

Ibu Sanggup Tinggal Di USM, Teman Anak Lumpuh Sambung Belajar

Bertuahnya Nursyuhaila Abdullah apabila ibunya Rosmawati Salleh sanggup tinggal di Universiti Sains Malaysia (USM) sepanjang pengajiannya di situ.

BACA: Bapa Sertai Lari Maraton Sambil Tolak Kerusi Roda, Sempena Sambutan Hari Jadi Anak Syurga

IKLAN

Difahamkan, Nursyuhaila lumpuh kedua belah kaki hingga paras pinggang pada usia 15 tahun akibat tuberkulosis atau tibi yang menyerang saraf tunjang.

lumpuh

Akibat penyakit itu, bekas pelajar MRSM Transkrian Nibong Tebal, Penang ni tak bersekolah selama setahun.

Nak dijadikan cerita, dia kemudian berpindah ke sekolah yang dekat dari rumahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Mutiara Kulim.

Jadi dapatlah ibunya menghantar dan mengambil Nursyuhaila di sekolah. Ibunya juga akan datang setiap kali waktu rehat untuk uruskan pergerakannya ke tandas.

pelajar usm

Dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang iaitu 6A, gadis berusia 21 tahun ini diterima masuk ke USM pula.

Alhamdulillah saya bersyukur ibu sanggup tinggal bersama-sama di USM sepanjang pengajian nanti. Saya memang sangat memerlukan bantuan ibu kerana kesan penyakit itu masih dapat dirasai.

Ada masanya saya mengalami kekejangan otot kaki yang menyukarkan saya melakukan urusan seharian selain perlu mengikuti rawatan susulan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Pulau Pinang (HPP).

Nasib baiklah ibu Nursyuhaila ada, sanggup tinggal sama-sama di Pulau Pinang tu. Memang pengorbanan ibu ini tiada hadnya!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas