Connect with us

Oh! Media

Empat Pengusaha Butik Pakaian Tawar Baju Raya Rahmah Bantu Golongan B40

20230323 145334 0000

Oh! Inspirasi

Empat Pengusaha Butik Pakaian Tawar Baju Raya Rahmah Bantu Golongan B40

Sebut mengenai bulan puasa, sudah semestinya hari raya merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam. Walau bagaimanapun, tidak semua individu berkesempatan untuk memakai pakaian baru ketika hari perayaan tersebut.

BACA: Pakai Kasut Lusuh Ke Sekolah, Member Sanggup Kumpul Duit ‘Surprise’ Kawan

Oleh itu, empat pengusaha jenama pakaian di Kedah telah hadir mengambil inisiatif menyertai program ‘Baju Raya Rahmah’ bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

IKLAN

Baju Raya Rahmah

Image 175

Pemilik butik Duchess Exclusive, Mawar Ismail memaklumkan program ini memberi peluang buat individu berpendapatan rendah mendapatkan pakaian raya berkualiti tinggi pada harga yang murah.

Memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini nampak perlahan dengan anak sekolah dan raya, kami rasa tak apalah jual harga Rahmah, barang terjual dan orang pun dapat baju, itu yang penting.

Antara jenama yang mengikuti program ini adalah Duchess Exclusive, Liyana Collection, Nabella Butik dan Qamraa. Pengusaha-pengusaha butik pakaian ini telah berkolaborasi menjual baju raya bagi menyambut seruan kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas