Connect with us

Oh! Media

Dua Pemuda Menjual Perencah Oden Sehingga Mendapat Pendapatan Enam Angka Sebulan

Oh! Inspirasi

Dua Pemuda Menjual Perencah Oden Sehingga Mendapat Pendapatan Enam Angka Sebulan

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak tahun lalu, dua sahabat mengambil peluang ini dengan menjual perencah King Oden segera sehingga boleh mencecah pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan menerusi platform laman sosial.

ADVERTISEMENT

Dua pemuda berkenaan masing-masing berusia 24 tahun yang merupakan penuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Wan Azehan Helmi Wan Abdul Halim dan rakan kongsinya, Imer Jibril Mohd Nasir telah mengusahakan perniagaan itu sejak setahun lalu. Perniagaan mereka itu telah mendapat permintaan yang tinggi sehingga memasuki pasaran luar negara termasuk Indonesia dan Singapura.

Apa yang lebih membanggakan adalah mereka berdua yang juga penuntut tahun akhir jurusan ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dan Perniagaan (Perdagangan), kini sudah mempunyai sebuah kilang pemprosesan sendiri di Bachok, Kelantan.

Menurut Wan Azehan Helmi, mereka berdua bermula dengan menjual oden sedia dimakan di tapak gerai keusahawanan pelajar disewa di bawah seliaan Pusat Pembangunan Pendidikan Keusahawanan (CEED), Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) yang terletak di UMK Pengkalan Chepa pada 2019.

“Pada ketika itu, hasil jualan oden diusahakan secara kecil-kecilan mendapat sambutan dalam kalangan penuntut, namun setiap kali cuti semester, hasil jualan kami terjejas berikutan ketiadaan pelajar di kampus.

“Sejak itu, saya dan Imer mula mendapat idea untuk mengkomersialkan produk perencah oden segera dengan jenama King Oden secara paket bagi mengembangkan lagi pasaran perniagaan kami.

“Alhamdulillah, strategi kami membuahkan hasil apabila mempu menjual 30,000 hingga 40,000 paket King Oden yang diedarkan di seluruh negara setiap bulan melalui 500 ejen dilantik bagi pasaran secara dalam talian serta dan ‘offline’, katanya.

Anak kedua daripada tiga adik beradik ini berkata, sebelum memasarkan produk King Oden ini, mereka turut membuat proses penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan produk yang mereka hasilkan ini berkualiti tinggi.

“Kami menjual perencah King Oden ini dengan harga RM10 bagi satu pek dan mempunyai tiga perisa iaitu asli, pedas dan asam laksa yang mampu bertahan dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan.

“Perencah oden itu menerima sammbutan yang luar biasa sehinggalah stok pengeluaran habis dalam tempoh yang singkat. Kami merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan perencah oden dan mahu bersaing dengan jenama makanan popular lain,” katanya.

Kredit : HarianMetro

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas