Connect with us

Oh! Media

Demi Tanggung Kos Pembedahan Ibu, Pemuda Korban Koleksi Tumbler Starbucks

jual tumbler starbucks

Oh! Inspirasi

Demi Tanggung Kos Pembedahan Ibu, Pemuda Korban Koleksi Tumbler Starbucks

Demi kasih seorang anak terhadap ibunya, pemuda ini sanggup menjual koleksi tumbler Starbucks miliknya untuk membiayai kos pembedahan ibunya.

ADVERTISEMENT

Pelbagai koleksi bekas minuman tumbler daripada jenama kopi terkenal Starbucks telah dijual kepada mereka yang berminat daripada edisi terhad sehinggalah corak biasa yang menjadi rebutan ramai.

Tambahan, koleksi tumbler Starbucks yang dijualnya bermula dengan harga RM150 dan RM160 bagi setiap satu.

Starbucks

Dengan niat hanya untuk menanggung pembiayaan kos pembedahan ibunya, pemuda berkenaan melepaskan berpuluh-puluh koleksi bekas minumannya.

Saya melepaskan koleksi peribadi Starbucks untuk menampung kos pembedahan ibu. Boleh cuci-cuci mata and tolong RT (ulang kicau).

Pemuda itu membuat perkongsian jualan di laman Twitter miliknya. Dia berkata semua bekas minuman ini merupakan koleksi peribadi dan belum pernah digunakan.

Starbucks

Setiap tumbler adalah original dan masih mempunyai pelekat SKU (unit simpanan stok). Kesemua item yang dijual hanya mempunyai satu unit sahaja.

Malah, tidak kurang lebih dari 24 jam berpuluh-puluh koleksi bekas minum peribadinya telah berjaya dijual.

Starbucks

Dalam pada itu, pemuda berkenaan terharu dengan pertolongan orang ramai kerana menerima banyak mesej secara langsung (DM) yang mahu menghulurkan sumbangan wang tunai.

Pemuda itu berterima kasih dan menghargai bantuan tersebut tetapi terpaksa menolak dengan cara yang baik.

Terima kasih yang DM nak bagi sumbangan, tapi saya terpaksa tolak. Saya hargai sangat niat baik anda semua.

Cuma, ada yang lebih memerlukan rasanya dan saya boleh usahakan lagi setakat ni..Terima kasih sangat.

Namun, makluman tentang kos dan pembedahan ibunya tidak dikongsi secara terperinci.

Terima kasih semua yang dah beli, yang dah RT dan yang mendoakan. Semoga Tuhan membalas kebaikan anda dengan perkara-perkara baik sepanjang hidup anda.

Starbucks

Ciapannya di laman Twitter telah meraih 5,000 tanda suka (like) dan diulang kicau lebih 4,000 kali.

Menerusi ruangan komen, ramai pengguna Twitter mendoakan agar urusan pemuda itu untuk menjual koleksi tumbler Starbucks dan membiayai kos pembedahan ibunya dipermudahkan.

Tak dapat nak beli tumbler di sini, tapi cuma mampu mendoakan awak dipermudahkan urusan dan juga berdoa agar ibu awak cepat sembuh. Amin.

Semoga dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan untuk ibu awak. Amin.

Semoga Allah permudah segala urusan awak dan pembedahan mak. Semoga mak awak diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik selepas pembedahan.

BACA: Pekerja Starbucks Panggil Nama ‘Kovid’, Pelanggan Lain Ketawa Berlekek!

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas