Connect with us

Oh! Media

Datuk Azizulhasni Terima Habuan RM350K, Mungkin Akan Bersara Selepas Olimpik 2024

Ohmedia azizulhasni

Oh! Inspirasi

Datuk Azizulhasni Terima Habuan RM350K, Mungkin Akan Bersara Selepas Olimpik 2024

Datuk Azizulhasni Awang sebelum ini berjaya membawa pulang pingat perak acara keirin dalam kejohanan Sukan Olimpik Tokyo 2020. Kejayaannya yang membanggakan itu turut mendapat pengiktirafan kerajaan negeri kelahirannya, Terengganu apabila menerima insentif berjumlah RM350,000.

Penghargaan itu disampaikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Insentif itu dibahagikan kepada dua di mana RM300,000 dalam bentuk sebuah rumah kediaman setingkat dan wang tunai RM50,000.

Kejayaan ini membuktikan bahawa kita boleh mempunyai apa jua cita-cita (namun) apa yang penting, usaha dan kerja keras serta sokongan daripada kerajaan.

Tentunya penghargaan kerajaan negeri kepada Datuk Azizulhasni tidak dapat menebus keringat dan susah payah beliau tetapi rakyat Terengganu dan kerajaan negeri berharap, beliau dapat terus meningkatkan pencapaian seterusnya mendapat pingat emas pertama negara di sukan olimpik tiga tahun lagi.

234512236 971958376695077 5379093866406026000 n

Menteri Besar juga berhasrat untuk menyalurkan apa sahaja bantuan yang diperlukan rakan atlet-atlet lain dalam memastikan anak Terengganu berjaya dalam sukan.

IKLAN

Dalam pada itu, Datuk Azizulhasni menyatakan mungkin temasya sukan Olimpik 2024 adalah yang terakhir buat dirinya sebelum bersara. Beliau memutuskan perkara itu semata demi memberi ruang kepada pelapis muda menyerlah.

Misi seterusnya adalah Sukan Olimpik 2024. Meraih pingat gangsa di Rio, perak di Tokyo, saya mahu pergi untuk emas dan saya rasa tidak ada apa-apa masalah daripada segi persiapan sebab saya ada negeri Terengganu yang sentiasa memberi sokongan.

Semoga Malaysia mampu membawa pulang pingat emas Olimpik pertama pada tahun 2024 nanti. Sememangnya pencapaian cemerlang The Pocket Rocketman ini dapat membakar semangat atlet lain untuk terus bekerja keras.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas