Connect with us

Oh! Media

Buat Sales Hingga 4 Angka Setiap Hari, Wanita Ini Buktikan Mampu Bangkit Dengan Usaha Keras

Oh! Inspirasi

Buat Sales Hingga 4 Angka Setiap Hari, Wanita Ini Buktikan Mampu Bangkit Dengan Usaha Keras

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Itulah pepatah yang boleh menggambarkan usaha yang dilakukan wanita ini untuk berjaya walaupun kurang upaya.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di laman Kongsi Cara Jualan di Shopee (Malaysia), wanita yang dikenali sebagai Zeeda Aziz tidak pernah berputus asa meskipun hanya membuat satu jualan pada bulan pertama di Shopee.

Sebelum saya menjalani amputasi (membuang kaki kiri), boleh dikatakan semua orang yang sayangkan saya menangis. Menangis membayangkan kecacatan saya nanti menyusahkan. Agaknya mereka fikir.. habis lah saya lepas ni. Tak ada kerja, suami lari, kawan hilang, rumah tak terurus dsb.

Saya pula pada waktu tu, entah.. saya tak rasa sedih pun. Nangis pun tidak. Perasaan tu lebih kepada.. “Tak sabar nak cabar diri sendiri. Boleh tak satu kaki ni buat apa yang dua kaki buat!” Takpa lah kalau kawan takda. It’s fine kalau suami decide untuk angkat kaki (Thank God we are still happily married). Saya faham jika takda majikan nak menggajikan saya. Pandai-pandailah saya nak survive nanti.

Beliau mengambil masa sebulan mendalami ilmu asas berniaga di Shopee secara percuma. Bermula dari situ, sales meningkat sehingga 497% daripada sebelumnya. Inspirasi!

HENDAK SERIBU DAYA.

Permulaan saya di Shopee agak sendu. Sales bulan pertama cuma 1 order sahaja. Nilai jualan, RM30. Sales bulan ke-2, dapat 7 order. Ada peningkatan. Tapi nilai jualan cuma RM254.55. Dua bulan pertama di Shopee, hidup segan mati tak mahu. Masuk bulan ke-3, naik sikit bilangan order. 8 orang beli. Tapi nilai jualan lebih kurang je. Malah lagi kurang dari bulan sebelumnya.

Aduhai..sayu hati tengok apa yang terjual. Tak boleh jadi ni. Jadi, saya ambil masa sebulan untuk mendalami ilmu asas berniaga di Shopee. Kelas percuma di Shopee Uni hampir semua saya hadir. Bermula dari situlah terdapat peningkatan 497% sales berbanding sebelumnya. Ye..Empat Ratus Sembilan Puluh Tujuh Peratus. Tak salah tulis.Kemudian saya belajar lagi.

Fahamkan lagi apa yang boleh saya perbaiki. Saya kena tanamkan dalam minda, saya cuma OKU fizikal, tapi otak masih boleh guna lagi . Jadi akal yg masih berfungsi ni, guna secukup-cukupnya.

Berkat kesabaran dan kesungguhan ditunjukkan Zeeda, beliau kini sudah mampu menggajikan beberapa orang pekerja untuk menguruskan pembungkusan dan penghantaran barang yang dipesan pelanggan.

Alhamdulillah, sekarang saya dah mampu menggajikan beberapa pekerja untuk membantu urusan membungkus barang dan penghantaran ke courier. Sales kini 4 angka setiap hari, Alhamdulillah. (LHDN..hangpa sabaq sat na, cheq nega tak sampai setahun lagi ni).

CABAR DIRI SENDIRI

Bayangkan dalam kesulitan saya melangkah dengan topang di ketiak, kesana kemari saya mencari barang untuk dijual. Waktu hujan kan lantai licin, langkah perlahan-lahan. Jangan sampai tergelincir jatuh. Nanti bertambah kecacatan pulak. Barang berat angkatlah masuk ke kereta. Pandai-pandailah imbang badan supaya tak salah bearing.

Setiap hari masa mula-mula nak gerakkan Shopee, berikut adalah jadual harian saya:

– Pagi mencari stok.

– Tengahari membungkus.

– Petang buat product photoshoot.

– Malam buat editing/marketing.

– Tengah malam membungkus lagi.

Effort 300%. (tak termasuk effort menjaga 4 orang anak yg masih kecil dan bersekolah).

Apa yang lebih mengagumkan, Zeeda sendiri keluar mencari barang jualan pada waktu pagi. Seterusnya beliau melakukan pembungkusan pada waktu tengah hari. Waktu petang dan malam pula diisi dengan mengambil gambar produk dan pemasaran.

Sekarang saya masih lagi berusaha keras, gigih mencari ilmu sana sini. Supaya bisnes kecil saya ni mampu memberikan saya modal untuk dapat rehat yang baik bila dah tua nanti.

Penutup: Usahlah marah dengan takdir. Takdir tertulis di Lauh Mahfudz. Saya tak marah bila Allah uji saya dengan kanser. Itu bahagian saya. Saya tak bersedih bila Allah ambil semula sebahagian dari tubuh badan saya. Itu takdir saya.

Saya akan marah pada diri sendiri jika tak cukup berusaha. Setiap hari saya panjatkan doa semoga Allah beri kekuatan berganda dari setiap ujian yg datang kepada saya.

Kaki ku hanya tinggal satu Ya Allah, tapi berilah kelajuan nya bergerak 4 kali ganda dari masa ada dua kaki. Ameen…

#okubangkit #adaptive #OKU #pasarkedah

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, sehingga kini dia masih bekerja keras mencari ilmu untuk mengembangkan lagi bisnes ‘Pasar Kedah’ tersebut.

Sama sekali tidak marah dengan ketentuan takdir, beliau berdoa semoga Allah SWT memberinya kekuatan berlipat ganda untuk bergerak.

Semoga terus berjaya!

Kredit: Zeeda Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas