
Oh! Inspirasi
“Baru Betul Hantaran RM20k” – Kemas Macam Pekerja Mahir, Wanita Ikat Sendiri Bata Bina Rumah
Oleh
Tangkas menggunakan peralatan bertukang, seorang wanita dipuji ramai gara-gara mengikat sendiri bata untuk binaan rumah tanpa mengupah pekerja mahir.
BACA: Jahit Baju Macam Kualiti Butik, Otai Terima Banyak Tempahan Lepas Viral
Menerusi perkongsian video di TikTok @wanifaizun, graduan diploma dakwah dan pengurusan daripada Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) ini difahamkan gemar menonton video bertukang dan belajar di Youtube.

Beliau dikatakan bekerja sebagai guru al-Quran dan fardu ain di asrama. Kerja sambilannya adalah bertukang pada waktu pagi. Difahamkan ustazah ini ada bengkel mini di tepi rumahnya menjalankan bisnes kayu secara kecil-kecilan.
@wanifaizun Part 2 : Cara Ikat Besi Link #diy #queendiy #house #beam #ustazahcarpenter #fyp #foryourpage ♬ Memburu Impian – Kristal
Disebabkan bajet yang terhad, beliau mengambil keputusan untuk bancuh sendiri simen dan mengikat bata mengikut kemampuannya.
Tetapi hasilnya sangat mengagumkan, kemas macam pekerja berpengalaman! Siap ada moulding simen.

Wanita ini turut menunjukkan tutorial menyediakan moulding simen yang dibuat sendiri. Peralatan pertukangan memang serba serbi lengkap disebabkan bisnes kayu kecil-kecilannya.
Kredit: TikTok @wanifaizun
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
