Connect with us

Oh! Media

Bantu Keluarga Susah Sambut Birthday Anak, Kek PKP Dijual Hanya RM5.30

Oh! Inspirasi

Bantu Keluarga Susah Sambut Birthday Anak, Kek PKP Dijual Hanya RM5.30

Dalam keadaan sukar hari ini, ramai orang terjejas pendapatan apabila tidak dapat keluar bekerja. Lebih menyedihkan apabila seseorang diberhentikan kerja dan hanya bergantung kepada wang simpanan untuk meneruskan hidup.

ADVERTISEMENT

Prihatin dengan masalah tersebut, peniaga kek Bakeries Baker di Facebook menawarkan hanya RM5.30 untuk sebiji kek bersaiz 4 inci. Jelasnya, tawaran tersebut adalah untuk membantu keluarga kurang berkemampuan menyambut hari kelahiran anak.

Ouhh, kalau cupcake berapa ye? Saya nak satu je, sebab anak saya ni nak sangat makan kek sis. Tapi maklum lah, waktu sekarang ni.

Duit sentiasa tak cukup. Suami pulak baru lepas kena buang kerja. Yang anak saya ni pulak asyik sebut kek je. Nak beli bahan semua mahal-mahal. Boleh ke buatkan saya satu je cupcake. Untuk anak.

Menurutnya, idea ini mula tercetus apabila dia menerima mesej daripada seorang wanita bertanyakan harga bagi sebiji kek. Anaknya teringin menjamah kek namun keadaan kewangan yang mendesak menyebabkan dia tidak mampu membelinya.

Kek dah siap, customer tanya, berapa harga sis, dan saya kata, bagi je berapa yang mampu bayar. Customer pun bagi RM5.30 + RM5 duit runner.

Dari situlah terciptanya kek RM5.30. Harga asalnya RM30. Dan dari situ juga saya terfikir untuk berikan kek yang berharga RM5.30 dan semua orang mampu beli.

Wanita berkenaan kemudiannya menukar tempahan kepada kek cawan setelah mendapat tahu harga mencecah RM30. Memahami keadaan itu, peniaga kek menawarkan bayaran hanya semampunya iaitu RM5.30 untuk kek dan cas penghantaran sebanyak RM5.

Walau bagaimanapun, menurutnya tawaran ini hanya untuk keluarga yang benar-benar memerlukan sahaja. Dia mengutamakan ibu bapa yang mahu menyambut ulang tahun kelahiran anak tetapi menghadapi masalah kewangan.

Kredit: Bakeries Baker

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas