Connect with us

Oh! Media

Balai Bomba Tertinggi Di Dunia Milik Malaysia

ohmedia bomba gunungkinabalu

Oh! Inspirasi

Balai Bomba Tertinggi Di Dunia Milik Malaysia

Macam manalah agaknya kalau ada balai bomba dekat tempat tinggi kan? Mungkin korang tahu yang negara kita memiliki peti pos tertinggi di Malaysia yang terletak di Panalaban, Gunung Kinabalu. Sekarang, balai bomba pula akan melakar sejarah baharu.

Memetik laporan Harian Metro, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mempunyai balai bomba terletak di kawasan paling tinggi di dunia.

Pusat operasi menyelamat ini akan ditempatkan di ketinggian lebih 3,382.2 meter dari paras laut. Balai bomba ini akan menggunakan bangunan bekas asrama penginapan di Gunting Lagadan Hut, Gunung Kinabalu yang ditutup sejak tahun 2015 akibat gempa bumi.

IKLAN
14855996 1221806644553120 6125042701153537021 o

Berdasarkan perbincangan awal kami bersama Taman-Taman Sabah sudah cadangkan supaya Gunting Lagadan Hut dijadikan lokasi pusat operasi Mosar.

Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang kami kena semak lagi dari segi keselamatan dan aset ataupun pergerakan yang mana perbincangan lanjut akan diadakan dengan TTS. – Kata Timbalan Pengarah JBPM Sabah Farhan Sufyan.

Penempatan anggota bomba di kawasan pendakian Gunung Kinabalu amat baik kerana anggota dapat bertindak lebih pantas jika berlaku sebarang kemalangan di perkakian gunung.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas