Connect with us

Oh! Media

Bantu Peniaga OKU Cari Rezeki, Anzalna Beri Inspirasi Pada Artis Lain

Anzalna Nasir

Oh! +

Bantu Peniaga OKU Cari Rezeki, Anzalna Beri Inspirasi Pada Artis Lain

Viral minggu lepas kisah seorang peniaga OKU yang menjual nasi lemak di sekitar kawasan LRT Cheras. Walaupun dilahirkan tanpa tangan, tapi Mohamad Nor Abdullah tak pernah putus asa mencari rezeki sendiri.

127398017 710274943253246 7493353347712130070 n

Ramai yang respect Mohamad Nor sebab mampu berdikari sendiri, kan? Begitu juga dengan pelakon dan usahawan popular, Anzalna Nasir. Anzalna betul-betul respect dengan beliau sebab masih teguh cari rezeki walaupun OKU. Bahkan, untuk support business Mohamad Nor, Anzalna dah pun borong habis 30 nasi lemak yang dijual oleh Mohamad Nor semalam.

127639039 406075003851431 7696072598683572172 n

Asalnya, Anzalna hanya buat posting untuk cari maklumat tentang Mohamad Nor di Instagramnya. Tak lama lepas tu, seorang followernya telah hantar maklumat terperinci beliau.

IKLAN
127285227 376917160204359 793702743076077699 n

Menurutnya, Mohamad Nor hanya hidup sendiri dengan menyewa bilik di tingkat atas sebuah rumah kedai berdekatan LRT Cheras. Beliau juga hanya dapat keuntungan 50 sen bagi setiap satu nasi lemak. Beliau tempah dari rakannya di Bukit Jalil dengan harga RM1 dan jual semula pada harga RM1.50 sebungkus.

“Rakyat Malaysia sangat prihatin. Kepada yang ingin sokong Dek Mat Nasi Lemak. Terima kasih @chesuziana kerana berkongsi.” – tulisnya melalui Instastory.

Bukan hanya mendapat pujian dari netizen, bahkan tindakan Anzalna telah memberi inspirasi pada artis-artis lain untuk turut bantu orang yang memerlukan. Yelah, benda baik tak salah kalau kita nak ikut buat sama.

127010208 162027515608594 4079084872918293678 n
127046174 862151301261725 3397074911011454672 n

Semoga Anzalna dimurahkan rezeki atas asbab dah bantu orang lain yang memerlukan. Kita pun tak perlu tunggu nak jadi artis baru nak buat baik. Lagi-lagi waktu pandemik macam ni, jom lah kita support business kecil-kecilan yang ada keliling kita supaya dapat sama-sama kongsi rezeki.

Kredit: Kosmo!, Instagram Anzalna

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas