Connect with us

Oh! Media

Oh! +

Jumpa RM4,850 Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Dianggap Bodoh Oleh Rakannya

Korang pernah on the way pergi mana-mana, kemudian tanpa disangka korang jumpa duit tepi jalan? Bukan seringgit dua, tapi ribuan ringgit! Mesti korang anggap itu rezeki terpijak, kan?

Itulah yang terjadi pada Zainuddin Azman Jamhari kira-kira lima hari lepas. Kalau korang nak tahu, Zainuddin ada jumpa wang bergumpal sebanyak RM4,850 dalam plastik di tepi jalan. Fuh, bukan sikit tau jumlah tu! Waktu tu dia dalam perjalanan nak ke stesen minyak, sebelum tiba-tiba ternampak bungkusan tersebut di atas rumput tepi jalan.

IKLAN

“Disebabkan tidak sedap hati, saya berpatah balik dan mengambilnya. Badan terus rasa menggigil apabila melihat banyak wang kertas di dalamnya.” – katanya.

Bila dah ambil dan masuk dalam raga motor, Zainuddin tak terus gerak sebaliknya termenung sekejap tentang apa nak buat dengan duit tersebut. Ikutkan boleh je dia ambil bawa balik, tapi bila memikirkan anaknya yang akan makan duit haram jika dia gunakan duit tersebut, Zainuddin pilih untuk tunggu sekejap di lokasi kejadian.

“Jadi, saya tunggu sebentar dan tidak lama selepas itu, sebuah MPV Toyota Avanza berhenti berhampiran sebelum penumpang serta pemandunya keluar. Saya perhatikan mereka seperti mencari sesuatu yang hilang.” – tambahnya.

Seperti yang disangka, merekalah pemilik sebenar kepada wang tersebut. Eh, bukannya Zainuddin bagi macam tu je dekat diorang, tapi dia telah pastikan kesahihan cerita sebelum memulangkan wang kepada individu tersebut. Yelah kalau fikir logik, macam mana diorang boleh tahu the exact place tempat hilang duit kalau bukan dari kecuaian diorang sendiri, kan?

“Bagi mendapat kepastian, saya tanya lebih lanjut dan rupanya dia kehilangan wang selepas tercicir kira-kira 45 minit sebelum saya melalui jalan itu. Lelaki itu maklumkan wang berkenaan mahu digunakan untuk membaiki kereta dan tercicir ketika berhenti di tepi jalan untuk membetulkan pengelap cermin.” – tambahnya.

Zainuddin sempat berkongsi kisah tersebut di Facebook sebelum ia menjadi viral. Itupun ada lagi orang yang try message Zainuddin dan mendakwa itu sebenarnya duit diorang. Bahkan, kawan-kawan Zainuddin pun ada yang anggap dia bodoh sebab baik sangat dan tolak rezeki. Tapi, Zainuddin tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengambil hak orang.

“Biarlah apa pandangan mereka, yang penting saya enggan berasa berdosa seumur hidup. Lagipun, ini kali ketiga saya terjumpa wang dan semuanya dikembalikan kepada pemiliknya. Syukur kerana Allah melindungi daripada mengambil sesuatu yang bukan hak saya.” – katanya.

Waktu-waktu macam ni pun, masih ada juga ya insan-insan yang berhati mulia dan ikhlas nak bantu orang lain. Semoga jasa baik Zainuddin akan dihitung sebagai amalan dan menjadi punca dirinya dan keluarga dilimpahi rezeki yang lebih luas dan berkat.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas