Connect with us

Oh! Media

Lego Perkenal Set Gitar Fender Stratocaster Pada Harga Bawah RM500

LEGO Fender Stratocaster

Oh! +

Lego Perkenal Set Gitar Fender Stratocaster Pada Harga Bawah RM500

Bagi peminat muzik rock and roll, rock indie, R&B atau heavy metal, gitar elektrik Fender Stratocaster pastinya tidak asing untuk anda. Gitar ini menjadi simbolik dalam kalangan pemuzik legenda sekitar tahun 1970-an.

ADVERTISEMENT

Berita baik untuk anda, gitar Fender Stratocaster kini hadir dalam bentuk bata LEGO, yang pasti membuatkan peminat muzik pengumpul LEGO ingin memiliki koleksi terbaru ini.

Rekaan ini merupakan idea asal dari Tomas Letenay yang berasal dari Slovakia yang menghantar rekaannya ke pertandingan Lego Ideas Music to Our Ears. Tanpa disangka, ramai dalam kalangan ahli penilai kumpulan Lego menyukai rekaan Tomas dan mahu ketengahkannya menjadi satu realiti.

“Saya pernah bermain gitar elektrik ketika saya masih remaja dan selalu bermimpi memiliki Fender Stratocaster, tetapi saya tidak pernah mampu membelinya.

Pertandingan LEGO Ideas memberi saya peluang untuk membuatnya dalam versi bata LEGO. Saya harap peminat gitar lain mendapat kegembiraan membinanya seperti yang saya”- Tomas Letenay

Lego Fender Stratocaster ini dihasilkan dari 1074 buah bata Lego, berketinggian 36cm dan lebar 11cm. Ia mempunyai perincian sama seperti gitar sebenar dengan 6 tali, tuning peg serta tremolo arm serta didatangkan bersama amplifier, pedal kaki dan stand untuk meletakkan gitar ini.

Menjadikan set LEGO ni lebih eksklusif dan lain dari yang lain, terdapat logo Fender yang tertera diatas corak bata Lego ini.

Jika anda sukakan set Lego Fender Stratocaster ini, ia tersedia dalam dua warna hitam dan merah dan boleh didapati di kedai Lego yang sah atau Legoland di Malaysia pada harga RM 499.90.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas