Connect with us

Oh! Media

Steam Deck Jauh Lagi Best Dari Nintendo Switch

Steamdeck Khai

Oh! Khai

Steam Deck Jauh Lagi Best Dari Nintendo Switch

Steam Deck Jauh Lagi Best Dari Nintendo Switch

Ingat boleh lupakan terus niat nak beli Steam Deck ni disebabkan susah sangat nak dapat. Tapi baru-baru ni masa mencari game terbaru untuk PS5, ternampak pulak Steam Deck elok je duduk diam kat depan mata. Tinggal satu pulak tu. Nak taknak, terpaksa la beli nak cuba sendiri. Nanti kalau terlepas, menyesal. Haha! Lambat sikit pun takpelah macam orang kata, better late than never.

ADVERTISEMENT

Oleh kerana Steam Deck tak masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi, ianya perlu dibawa masuk dari US. Oleh kerana faktor ini dan ditambah dengan permintaan yang tinggi di Malaysia, banyak peniaga yang menjual Steam Deck dengan harga tak masuk akal. Beberapa bulan lalu, harga Steam Deck mencecah sehingga RM6,000 yang bagi saya sangatlah merepek.

Steamdeck

Tapi harga ketika saya beli ini, dah turun kepada RM2,100 sahaja. Memang jauh sangat bezanya. Harga tersebut adalah harga bagi Steam Deck berkapasiti 64GB sahaja. Kita memang ada option untuk beli kapasiti yang lebih tinggi, tapi harganya meningkat hingga ke RM4,000 pula.

Kalau tanya saya, 64GB dah memadai sebab kita boleh tukar sendiri SSD dalam Steam Deck ni kepada kapasiti yang lebih besar yang jauh lebih menjimatkan. Selain itu, boleh letak SD Card dengan saiz hingga 1TB jadi nak sumbat apa game pun tak jadi isu lagi.

Pengalaman setakat hari ini, so far so good. Semua game yang ada dalam akaun Steam saya, semua boleh install dan main dalam Steam Deck ni dengan sangat mudah. Boleh dikatakan yang Steam Deck ni tak ubah macam sebuah PC gaming yang dah dilipat-lipat jadi kecil bawa main kat mana-mana ikut suka. Haaa macam tu la feel dia.

Disebabkan game yang kita main bergantung kepada akaun Steam, jadi soal grafik memang mindblown. Apa yang kita tengok dalam PC, begitu juga apa yang akan dipaparkan di Steam Deck ini. Controller pula boleh dikatakan sebiji macam Xbox.

Pegang sangat selesa cuma saiz Steam Deck ni nohorom bulky dan berat sikit dari Switch. Lenguh tangan kau kalau tak stand kat mana-mana tapi jangan risau, cuma perlukan sedikit masa untuk biasakan.

Perbandingan Steam Deck dengan Nintendo Switch

Nintendo Switch

Dari faktor luaran, Steam Deck sering dibandingkan dengan Nintendo Switch. Tapi jika orang tanya saya, saya akan cakap kedua-duanya memberikan pengalaman yang sangat berbeza. Steam Deck membolehkan kita main game di PC melalui handheld console, manakala Nintendo Switch membariskan pilihan game yang lebih sesuai dengan niche mereka sahaja (lebih sesuai untuk kanak-kanak).

Senang cerita, kaki main game kat PC mesti kena ada Steam Deck ni satu untuk bawa ke mana-mana!

Sumber: Instagram @ohkhai

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas