Connect with us

Oh! Media

Kad VISA Touch ‘n Go eWallet Pada Pandangan Kami

Oh! Khai

Kad VISA Touch ‘n Go eWallet Pada Pandangan Kami

Kad VISA Touch ‘n Go eWallet Pada Pandangan Kami

Ini adalah kad VISA pertama dari Touch ’n Go eWallet. Menariknya kad ni numberless yang mana tak pernah wujud lagi selama ni. Tak ada isu privacy & fraud lagi lepas ni.

ADVERTISEMENT

Apa motif kewujudan dia?

kad visa touch 'n go pandangan hadapan

Kalau korang nak bayar guna TnG eWallet tapi tempat tu tak ada QR, lepas ni boleh la bayar guna kad ni. Layan dia macam kad kredit bezanya cuma ini adalah prepaid card yang sentiasa berbalik kepada jumlah baki dalam eWallet kita. Memandang kad ini adalah VISA, maka ianya juga boleh diterima seluruh dunia.

Satu lagi boleh keluarkan duit di ATM guna kad ni (tapi akan kena caj RM1.40 tau). Annual fee? RM8 je tapi sekarang ni masih lagi waived hingga dimaklumkan kelak. Kalau nak bayar apa-apa yang online tapi tak boleh guna akaun TnG eWallet, memang function kad ni nanti sebab dia tak ubah seperti fungsi VISA yang lain.

Kad VISA Touch ‘n Go Boleh Guna Untuk Bayar Tol Tak?

Persoalan yang menjadi tanda tanya ramai pengguna, adakah kad ini menyokong proses pembayaran tol memandangkan ianya adalah kad keluaran dari Touch ‘n Go ye tak? Malangnya tidak! Ini kerana kad VISA perlu dilayan sama seperti kad VISA yang lain. Selagi tol di Malaysia tak boleh nak terima bayaran dari kad VISA, maknanya kad ini pun tak boleh nak guna walaupun ada tertulis nama Touch ‘n Go di atasnya. Kalau masuk parking yang boleh bayar guna VISA/Kad Kredit, maknanya kita boleh gunakan kad ini asalkan dalam eWallet Touch ‘n Go ada duit.

Macamana nak apply?

Pergi tengok menu Visa Card dalam app TnG eWallet korang. Sekarang ni cuma kena bayar RM5 sahaja untuk diorang hantar ke rumah. Akan datang akan jadi RM10. Kalau tak jumpa menu nak apply tu, cuba logout dan login semula akaun TnG eWallet korang ya.

Kenapa Khai apply? Entahlah saja nak buat semak tambah lagi koleksi kad VISA agaknya. Hahaha! Eh tak juga, saya rasa ianya akan membantu in future terutamanya nak keluarkan duit dari TnG eWallet dengan lebih cepat dan mudah memandangkan saya memang gunakan TnG eWallet untuk semua urusan billing. Ini termasuklah bagi urusan billing yang saya nak bayar guna TnG eWallet tapi medium pembayaran cuma ada VISA sahaja.

Selain dari itu, sebenarnya agak useless kalau anda bukanlah pengguna eWallet TnG yang tegar. Kalau tak letak duit dalam eWallet TnG tu, memang langsung tak ada fungsi. Lebih baik untuk teruskan gunakan kad Debit MAE korang, Bigpay, mahupun Wise sahaja.

+ Posting ini dikeluarkan terlebih dahulu di Instagram @ohkhai.

Lagi dalam kategori Oh! Khai

Ke Atas