Connect with us

Oh! Media

“Hujan Pun Hujan Lah”, Guru Sanggup Redah Untuk Edar ‘Module’ Pada Pelajar

Oh! +

“Hujan Pun Hujan Lah”, Guru Sanggup Redah Untuk Edar ‘Module’ Pada Pelajar

Semalam Harian Metro ada keluarkan kisah Cikgu Muja, seorang guru di Sarawak yang sanggup berkunjung ke rumah anak-anak muridnya semata-mata nak semak tugasan yang telah diberi.

ADVERTISEMENT

Sedar ada sesetengah anak murid yang tiada laptop, smartphone dan Internet di rumah menyebabkan guru ini mencari inisiatif sendiri untuk bantu pelajar. Walaupun Cikgu Muja hanya lakukan perkara tersebut pada hari Jumaat setiap minggu je, tapi itulah cara Cikgu Muja untuk bantu pelajarnya yang kurang bernasib baik.

“Diharap, kedatangan saya ke rumah mereka mampu memberi suntikan motivasi untuk terus belajar walaupun tanpa kemudahan atau kelengkapan sempurna bagi mengikuti kelas dalam talian.” – katanya.

Lagi satu kisah yang ohmedia nak share dengan korang adalah tentang Cikgu Aniza yang juga sanggup berkorban untuk anak-anak muridnya. Dikongsi oleh suaminya sendiri di Facebook, Cikgu Aniza sanggup redah hujan lebat untuk hantar module pada 38 orang anak muridnya.

Dalam posting tersebut, suaminya menyatakan yang Cikgu Aniza risau pelajarnya lupa apa yang dah pun mereka belajar. Tambah-tambah pula mereka nak ambil SPM. Jadi, Cikgu Aniza buat inisiatif sendiri untuk cari bahan dan edar pada pelajarnya.

Walaupun ada yang duduk jauh, tapi Cikgu Aniza tetap usaha dan minta mereka keluar untuk jumpa dengan dia. Biarlah hujan pun, janji dapat pass module. Lepas selesai hantar semua, kata suaminya Cikgu Aniza memang tak stop senyum sebab dapat tolong pelajarnya.

“Jangan lupa buat dan siapkan. Nanti cikgu kutip semula.” – pesanan yang sama Cikgu Aniza ulang pada semua anak muridnya.

Terharu sangat bila baca kisah macam ni, kan? Rata-rata netizen pun puji tindakan serta usaha Cikgu Aniza dan Cikgu Muja dalam memastikan pelajarnya tak ketinggalan walaupun dalam tempoh PKPB.

Tapi still ada lagi sesetengah ibu bapa yang cakap cikgu tak buat kerja, cikgu makan gaji buta. Takpelah, cikgu. Biar orang hina, yang penting Tuhan tahu niat ikhlas cikgu untuk didik anak bangsa. Semoga para pendidik sentiasa diberi kekuatan untuk terus curahkan ilmu.

Kredit: Harian Metro, Facebook Wan Ridhuan Muhammad

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! +

Ke Atas