Connect with us

Oh! Media

Zahid Hamidi Mohon Pasport Dipulangkan, Pergi Ke Jerman Untuk Rawatan

cae5e270 4940 4dd0 b0be 43215c2cf9df

Oh! Negara

Zahid Hamidi Mohon Pasport Dipulangkan, Pergi Ke Jerman Untuk Rawatan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon di Mahkamah Tinggi supaya pasportnya dikembalikan untuk beliau pergi ke Munich, Jerman bagi mendapatkan rawatan. Apa kes ni?

BACA : RM5.9 Juta Zahid Hamidi Bukan Dari Hasil Haram Dan Digunakan Untuk Dirikan Pusat Keagamaan

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah dimaklumkan peguamnya bahawa Ahmad Zahid  perlu mendapatkan rawatan dari pakar terkemuka di Jerman kerana menderita sakit belakang serta leher.

IKLAN

Kami membuat permohonan ini untuk membolehkan tertuduh menerima rawatan. Rawatan intervensi di Malaysia tidak mencukupi untuk (mengurangkan kesakitan) beliau.

Permohonan Zahid Hamidi yang berdepan dengan 47 kes pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah itu telah difailkan 4 Oktober lepas dan pengurusan kes dijalankan pada hari ini.

Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya tidak membantah permohonan itu dan keputusan permohonan berkenaan ditetapkan pada hari Isnin ini.

Peguamnya juga dikatakan akan membuat permohonan sama di Mahkamah Tinggi Shah Alam nanti dimana memohon passportnya dipulangkan pada 26 Oktober dan akan mengembalikannya pada 21 November nanti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas