Connect with us

Oh! Media

YB Duyong Tulis Surat Sendiri, Bantu Pelajar Tak Mampu Bayar Yuran Sekolah

Ohmedia yb duyong yuran sekolah

Oh! Negara

YB Duyong Tulis Surat Sendiri, Bantu Pelajar Tak Mampu Bayar Yuran Sekolah

Suka tengok TikTok YB Duyong. Apapun, seorang pelajar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Melaka, difahamkan takut untuk ke sekolah kerana tidak mampu menjelaskan yuran bagi sesi persekolahan baharu. Pelajar itu juga dikatakan tidak mampu membeli pakaian sekolah baharu dan malu untuk berjumpa rakan-rakan.

Menyedari situasi ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, mengambil inisiatif menulis sendiri surat kepada pengetua sekolah bagi memohon penangguhan bayaran yuran pelajar terbabit.

ADUN Duyong muat naik surat tulis tangan…

Image

Surat yang ditulis tangan oleh Datuk Mohd Noor Helmy itu dimuat naik di akaun Facebook miliknya. Beliau berharap tindakan ini dapat memberi keyakinan kepada pelajar tersebut untuk mendaftar dan hadir ke sekolah tanpa rasa takut dimarahi guru.

IKLAN

Disuruh ke sekolah je dulu, tak dipercayanya. Takut cikgu marah. Cikgu pun manusia ler. Ada hati perut kecuali ko ni dah selalu mengakal cikgu-cikgu.- Tulisnya.

Image

Menurut beliau, surat ini bukan untuk rujukan rasmi pihak sekolah tetapi sekadar usaha untuk meyakinkan pelajar agar tidak mengabaikan pendidikan hanya kerana masalah kewangan.

Tapi buat yakinkan anak-anak ni ko pergilah daftar sekolah dulu. Nanti acik waibee ko ni selesaikan yuran dengan baju sekolah.- Tambahnya.

#ApaKataOhmedia

Inisiatif seperti ini wajar dicontohi kerana pendidikan adalah hak semua anak-anak tanpa mengira latar belakang kewangan.

Jika ada individu atau keluarga yang menghadapi masalah kewangan untuk persekolahan anak-anak, jangan segan untuk meminta bantuan daripada pihak sekolah atau wakil rakyat setempat. Yang penting, jangan biarkan anak-anak terputus pendidikan!

Ohmedia yb duyong yuran sekolah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas