Oh! Negara
“Tokoh Yang Tenang, Berhemah” – Hadi Awang Sifatkan Pemergian Pak Lah Kehilangan Besar Buat Negara
Negara dirundung duka apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi disahkan kembali ke rahmatullah semalam.
BACA: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia, Negara Kehilangan Pemimpin Berjiwa Rakyat
Pemergian beliau mengundang rasa sayu rakyat dan para pemimpin negara termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Pemergian Pak Lah kehilangan besar, tokoh yang tenang dan berhemah
Menerusi satu hantaran di Facebook, Abdul Hadi menzahirkan rasa dukacita dan menyifatkan pemergian Tun Abdullah sebagai satu kehilangan besar.

Beliau turut mengenang Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang tenang, berhemah serta membawa pendekatan sederhana dalam setiap keputusan pentadbirannya.
Dalam masa yang sama, Abdul Hadi turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal solehnya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba yang beriman serta beramal soleh.
Kredit: Facebook Abdul Hadi Awang
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM