Oh! Negara
TMJ Bersuara Apabila Ada Pihak Kurang Senang Negeri Johor Tukar Cuti Hujung Minggu
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bersuara apabila ada pihak yang nampak seperti kurang senang selepas Johor menukar cuti mingguan pada hari Sabtu dan Ahad.
Dalam mempertimbangkan isu berkaitan kehendak rakyat Johor untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan anak-anak, kesan ekonomi yang positif adalah seiring dengan pelaksanaan projek pembangunan yang memberi manfaat di negeri Johor. Ini seterusnya akan membawa keuntungan kepada negeri dan rakyatnya.
Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DI-Pertuan Agong, pandangan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor, kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan rakyat, maka saya telah membuat keputusan untuk Johor bercuti semula pada Sabtu dan Ahad.
TMJ juga mengatakan jika ada pihak yang kurang senang atau tidak berpuas hati demi agenda peribadi, nak melaga-lagakan rakyat atau kepentingan politik, mereka boleh berpindah ke negeri-negeri yang masih bercuti pada hari jumaat dan sabtu.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM