Connect with us

Oh! Media

Tol percuma

Oh! Negara

Tiada Lagi Tol Percuma Musim Perayaan, Tapi Kerajaan Akan Gantikan Sesuatu!

Kerajaan secara rasmi menghentikan pemberian tol percuma sempena musim perayaan bermula tahun ini. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, mengesahkan keputusan tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, langkah ini selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan subsidi yang lebih bersasar dan menggantikan pendekatan tol percuma yang sebelum ini dilaksanakan.

IKLAN

Tahun lalu kabinet memutuskan 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma sempena musim perayaan. Jika ada pertimbangan lain, ia akan dibincangkan.

Pendekatan baru akan diumumkan

Tol percuma

Alexander turut menyatakan bahawa kerajaan sedang merangka pendekatan alternatif yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pendekatan ini dijangka lebih spesifik dan efektif untuk membantu golongan yang memerlukan.

Langkah ini diambil selepas mengambil kira implikasi kewangan yang besar akibat pemberian tol percuma, di mana kerajaan terpaksa menanggung kos sebanyak RM38 juta untuk pembayaran balik kepada syarikat konsesi tol sempena perayaan Krismas tahun lalu.

Pemberian tol percuma terakhir

Tol percuma

Untuk rekod, pemberian tol percuma terakhir yang diumumkan adalah sempena Krismas pada 23 hingga 24 Disember 2024, khusus untuk kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya.

#OhmediaNasihat

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan membuat anggaran kos tol lebih awal. Usaha kerajaan untuk memperkenalkan pendekatan bersasar diharapkan dapat membantu golongan yang lebih memerlukan.

Tol percuma

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas