Connect with us

Oh! Media

PMX Lulus RM1.1 Bilion Kepada Sapura, Dr Akmal Ucap Terima Kasih Kepada Najib Razak

Ohmedia najib razak anwar dr akmal

Oh! Negara

PMX Lulus RM1.1 Bilion Kepada Sapura, Dr Akmal Ucap Terima Kasih Kepada Najib Razak

Isu Sapura Energy Berhad (SEB) kembali panas! Selepas dua tahun krisis kewangan, kerajaan di bawah PMX akhirnya meluluskan pinjaman RM1.1 bilion untuk menyelamatkan syarikat ini.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai, langkah ini sebenarnya pernah dicadangkan oleh Datuk Seri Najib Razak semasa debatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Pinjaman bukan dana hangus…

Pmx

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa suntikan RM1.1 bilion kepada SEB bukan sekadar ‘bantuan percuma’, sebaliknya ia adalah pinjaman yang perlu dibayar semula.

IKLAN

Kerajaan turut menjalankan audit forensik bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi syarikat ini.

“Terima Kasih PMX, Terima Kasih Najib!”- Dr. Akmal

Image

Dalam satu kenyataan di Facebook, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, menegaskan bahawa cadangan Najib ketika berdebat dengan Anwar dahulu akhirnya menjadi kenyataan.

Alhamdulillah, setelah 2 tahun, cadangan itu telah dilakukan oleh PMX pada hari ini.

Terima kasih PMX (Anwar) kerana meluluskan pinjaman kepada Sapura untuk menyelamatkan syarikat negara ini. Dan jutaan terima kasih juga kepada Dato Seri Najib kerana berkongsi cadangan yang baik untuk kebaikan negara.

Beliau juga menggesa agar audit forensik SEB didedahkan kepada umum, supaya jika ada salah laku dalam syarikat, mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas.

Image

#ApaKataOhmedia

Keputusan kerajaan memberi pinjaman kepada Sapura Energy jelas mengundang pelbagai reaksi. Ada yang melihatnya sebagai langkah strategik, ada juga yang skeptikal.

Apa pun, rakyat pastinya mahu melihat ketelusan dalam pengurusan dana ini supaya wang negara tidak dibazirkan. Korang rasa wajar atau tidak langkah ini?

Ohmedia najib razak anwar dr akmal

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Malaysia Gazette


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas