Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Didakwa Bakal Tinggalkan UMNO, Ini Jawapan Tuan Badan!

Copy of Untitled Design   1

Oh! Negara

Tengku Zafrul Didakwa Bakal Tinggalkan UMNO, Ini Jawapan Tuan Badan!

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz akhirnya bersuara mengenai spekulasi keahliannya dalam UMNO.

Menurut laporan Harian Metro, sebarang keputusan mengenai hala tuju politiknya akan dibincangkan terlebih dahulu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat.

Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu.

Spekulasi tinggalkan UMNO dan tawaran sertai PKR

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Sebelum ini, desas-desus bertiup kencang bahawa Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO kerana dikatakan tiada lagi masa depan dalam parti tersebut. Malah, laporan media turut menyebut bahawa beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu.

IKLAN

Namun, sehingga kini, beliau masih belum mengesahkan sebarang keputusan berkaitan perkara tersebut.

Bakal jadi Duta Besar Malaysia ke AS?

Ohmedia tengku zafrul2jpg

Selain isu politik, nama Tengku Zafrul juga dikaitkan dengan cadangan supaya beliau dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat selepas penggalnya sebagai senator berakhir Disember depan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perkara itu terpulang kepada Perdana Menteri dan buat masa ini, fokus utamanya adalah meneruskan tugas di kementerian serta memainkan peranan dalam menjayakan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

#ApaKataOhmedia

Dalam dunia politik, apa saja boleh berubah dalam sekelip mata. Apa pun keputusan Tengku Zafrul, yang penting adalah keberanian untuk berpegang pada prinsip dan terus berkhidmat untuk rakyat.

Copy of Untitled Design   1

Jap!

Featured
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas