Connect with us

Oh! Media

Suami Ahli Politik Cederakan Anak Tiri Semasa Perbincangan Harta Pusaka?

2416a3d5 15b0 4dcc b051 5225ad7ecf71

Oh! Negara

Suami Ahli Politik Cederakan Anak Tiri Semasa Perbincangan Harta Pusaka?

Suami kepada seorang ahli politik ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan anak tirinya baru-baru ini.

BACA : Cabul & Rogol Anak Tiri Bawah 12 Tahun, Tukang Kebun Mengaku Tidak Bersalah

Menurut laporan Berita Harian, lelaki yang berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Merlimau, Melaka pada 25 September lepas selepas cederakan anak tiri perempuannya yang berusia 44 tahun di bahagian kepala dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan.

IKLAN

Pada awalnya, mangsa bersama seorang ibu saudara dan sepupunya sedang membincangkan soal harta pusaka keluarganya kemudian suspek tiba-tiba masuk campur dan menuduh mangsa memfitnahnya. 

Pengadu (mangsa) memberitahu suspek jangan masuk campur kerana ini urusan keluarga mereka, namun suspek mula bercakap tidak berhenti, menyebabkan pengadu memberikan isyarat supaya dia diam.

Disebabkan itu, berlaku tolak-menolak sebelum suspek memukul kepala mangsa dengan buku tebal. Kemudian, si mangsa cuba menepis dan menolak tangannya sebelum suspek menumbuk kepalanya.

Ibu kepada mangsa membawa suspek keluar dari rumah, tetapi mangsa sempat membaling selipar ke arah suspek. Suspek masih membalas dengan memukul kepala mangsa menggunakan sesuatu objek.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan suspek telah ditahan pada malam itu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes ini masih diteruskan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas