Connect with us

Oh! Media

SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Libatkan Albert Tei Dan Shamsul Iskandar

Ohmedia shamsul iskandar sprm

Oh! Negara

SPRM Siasat Dakwaan Rasuah Libatkan Albert Tei Dan Shamsul Iskandar

SPRM sahkan siasatan dakwaan rasuah libatkan Albert Tei dan Shamsul Iskandar.

Dakwaan melibatkan ahli perniagaan Albert Tei dan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memang buat ramai tertanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan, akan menjalankan siasatan penuh terhadap pendedahan pemberian dan penerimaan rasuah yang dikaitkan dengan Albert Tei dan Shamsul Iskandar. Tan Sri Azam Baki berkata, SPRM akan memanggil kedua-dua individu itu dalam masa terdekat untuk beri keterangan.

Bukan itu sahaja, semua pihak yang ada kaitan juga akan dipanggil bagi melengkapkan proses pengumpulan bukti. SPRM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sementara siasatan dijalankan.

IKLAN

Shamsul Iskandar sah letak jawatan…

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar semalam mengesahkan beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam kenyataan di platform X, beliau menyebut ada pihak yang cuba menyerang dirinya dengan perkara yang boleh menjejaskan imej kerajaan Madani.

Buat masa ini, semua pihak masih menunggu perkembangan lanjut daripada siasatan SPRM. Apa yang pasti, isu ini memang jadi perhatian ramai sebab melibatkan dua nama besar dalam pentadbiran dan dunia perniagaan negara.

Pssttt! Bila melibatkan siasatan, lebih baik kita tunggu fakta penuh sebelum buat andaian. Tak perlu tambah api pada benda yang belum jelas. Semoga semua proses berjalan adil dan telus.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas