Connect with us

Oh! Media

Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Meningkat, Bukti Negara Stabil?

Ohmedia anwar ibrahim maha kaya

Oh! Negara

Sokongan Terhadap Anwar Ibrahim Meningkat, Bukti Negara Stabil?

Tinjauan Merdeka Center tunjuk peningkatan sokongan rakyat terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lepas setahun lebih pentadbiran Kerajaan MADANI, sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya menunjukkan peningkatan ketara. Tinjauan Merdeka Center mendapati 55% pengundi beri penarafan positif kepada Perdana Menteri pada Mei 2025, berbanding hanya 43% pada Jun 2024.

Merdeka Center, sebuah organisasi bebas menyatakan rakyat kini mula rasa negara makin stabil. Ini berikutan kurangnya ketidakstabilan politik dan Anwar memimpin dengan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dihidupkan semula juga memberi isyarat kembalinya tadbir urus yang berprinsip.

Kos sara hidup turun, rakyat rasa lega?

Anwar Ibrahim Umur

Berdasarkan laporan itu, kebimbangan terhadap kos sara hidup juga dilihat semakin reda. Antara faktor utama termasuk kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan bantuan tunai semasa musim perayaan.

IKLAN

Dalam masa sama, subsidi minyak masih diteruskan walaupun ada penarikan subsidi diesel tahun lalu. Inflasi juga berada di paras rendah iaitu 1.4% (Mac 2025).

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan 4.4% suku pertama 2025. Pada masa sama, Anwar memperkukuh imej antarabangsa negara dengan mempengerusikan ASEAN dan menjadi tuan rumah kepada Presiden China, Xi Jinping.

Perjanjian pelaburan baharu, kerjasama perdagangan dan kepimpinan dalam inisiatif Selatan Global telah memperkukuh imej beliau di dalam negara.

Kerajaan dapat ‘boost’ keyakinan rakyat…

Ohmedia anwar ibrahim sekolah ai

Bukan Anwar je dapat rating lebih tinggi, malah sokongan terhadap Kerajaan Persekutuan juga naik daripada 40% (Jun 2024) kepada 50% (Mei 2025).

Tahap ketidakpuasan juga dikatakan menurun dari 58% ke 48%. Tapi masih ada jurang tipis yang dipengaruhi oleh kebimbangan ekonomi dan isu subsidi.

Walaupun banyak sisi positif, Merdeka Center dedah ada 50% pengundi masih rasa negara menuju ke arah yang salah. Namun, ini menurun daripada 61% tahun lalu. Jumlah yang yakin negara di landasan betul pula naik daripada 29% kepada 43%.

Pssttt! Bila rakyat mula rasa stabil dan yakin dengan hala tuju negara, ia satu petanda baik untuk masa depan. Tapi kerajaan tetap kena hati-hati, isu kos sara hidup dan subsidi masih ‘panas’. Peningkatan sokongan ini bukan lesen selesa, tapi peluang untuk terus buktikan janji reformasi. Jangan sia-siakan kepercayaan yang baru nak tumbuh semula.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas