Connect with us

Oh! Media

Skandal Beras, Pembangkang Desak Mat Sabu Letak Jawatan

Ohmedia beras campur mat sabu

Oh! Negara

Skandal Beras, Pembangkang Desak Mat Sabu Letak Jawatan

Pembangkang gesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertindak segera susulan pendedahan skandal beras tempatan dicampur dalam pek import dan dijual pada harga tinggi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menegaskan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu (Mat Sabu) perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini.

“Mat Sabu kena bertanggungjawab!” – Hamzah Zainuddin.

Image

Beliau juga mendesak kerajaan untuk mengenakan tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam skandal ini.

IKLAN

Tindakan harus diambil kepada semua mereka yang telah pun melakukan perkara ini. Kalau tidak berlaku, rakyat akan cari pemimpin yang lebih baik di masa hadapan.

Menurut Hamzah, jika tiada tindakan segera, rakyat akan membuat keputusan sendiri dalam pilihan raya akan datang.

Dua hari berlalu, Mat Sabu masih diam?

Image

Meninjau platform media sosial Mat Sabu dan KPKM, masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan meskipun sudah dua hari berlalu sejak skandal ini didedahkan.

Laporan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mendedahkan kira-kira 50% daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas mengandungi campuran beras putih tempatan.

Skandal ini mencetuskan kemarahan rakyat kerana harga beras semakin tinggi, sedangkan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atas kesempitan rakyat!

#ApaKataOhmedia

Rakyat berhak mendapat ketelusan dalam isu makanan asas seperti beras. Skandal seperti ini menunjukkan betapa pentingnya pemantauan ketat oleh pihak berkuasa. Jangan biarkan perkara ini berlalu tanpa tindakan!

Ohmedia beras campur mat sabu

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas