Connect with us

Oh! Media

Peneroka estet getah

Oh! Negara

Sebanyak 245 Keluarga Peneroka Estet Getah Akhirnya Bakal Miliki Rumah Sendiri

Seramai 245 keluarga peneroka estet getah di Kuala Selangor akhirnya boleh menarik nafas lega apabila impian mereka untuk memiliki rumah sendiri menjadi kenyataan selepas hampir 26 tahun berjuang.

Menurut laporan Sinar Harian, pekerja-pekerja ini berasal dari Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tagar. 

IKLAN

Penantian selama 26 tahun peneroka berakhir

Perjuangan mereka selama hampir 26 tahun kini membuahkan hasil dan perkara ini dikatakan sendiri Setiausaha Politik Pejabat Presiden PKR, Manivanan Gowin.

Hari ini, kita menyaksikan sejarah tercipta apabila nasib 245 keluarga pekerja ladang yang telah berjuang selama hampir 26 tahun akhirnya berjaya diselesaikan.

Bukan tu jer, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri juga turur hadir untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Program Residensi Rakyat Harmoni Madani Bestari Jaya sebagai tanda komitmen kerajaan dalam membantu rakyat.

Janji PRU akhirnya ditepati

Isu perumahan pekerja ladang ini bukan perkara baru, malah sering dibangkitkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Kecil (PRK), termasuk PRU15 pada 2022 dan PRK Kuala Kubu Bharu pada 2024.

Menurut Manivanan, Pakatan Harapan dan Kerajaan Madani telah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dalam masa terdekat, dan akhirnya janji tersebut ditunaikan.

Hari ini, terbukti bahawa janji yang diberikan kepada rakyat biasa, khususnya kepada pekerja ladang di kelima-lima ladang tersebut, telah dikotakan.

#ApaKataOhmedia

Hak untuk memiliki rumah sendiri adalah keperluan asas setiap keluarga. Semoga lebih ramai rakyat yang masih menunggu keadilan perumahan akan mendapat hak mereka pada masa akan datang.

Peneroka estet getah

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas