Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Minta Banyak, Hanya Doa” – Bebas Atau Ke Penjara? Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Syedsaddiq

Oh! Negara

“Saya Tak Minta Banyak, Hanya Doa” – Bebas Atau Ke Penjara? Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Umum sedia maklum, prosiding di Mahkamah Rayuan berkenaan kes ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahmanakan bersambung semula esok.

Sebelum ini, mahkamah menangguhkan perbicaraan disebabkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak dapat meneruskan hujah selepas beliau tiba-tiba ‘hilang suara’.

BACA: “Dah 5 Tahun Tunggu Keadilan” – Syed Saddiq Kecewa Prosiding Ditangguh Sebab Pendakwa Sakit Tekak

IKLAN

Terbaru, Syed Saddiq tampil dengan satu kenyataan di Instagram berharap kesnya dapat selesai esok.

5 tahun menunggu, Syed Saddiq harap kesnya terbela esok

Beliau tekad untuk terus mempertahankan kebenaran meskipun terpaksa menanti selama lima tahun lamanya.

Syed Saddiq menegaskan bahawa perjuangannya bukan melalui jalan pintas atau tawaran mudah, tetapi dengan kesabaran dan kepercayaan penuh terhadap sistem keadilan negara.

Hanya minta doa daripada orang ramai

Syed Saddiq

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga memohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana tiada senjata yang lebih baik selain doa.

I don’t ask for much, but for your prayers. Kerana tiada senjata yang lebih kuat daripada doa kepada Allah SWT.

Kes melibatkan Syed Saddiq dikaitkan dengan pertuduhan salah guna wang berkaitan dana parti. Namun dari awal, beliau kekal konsisten menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan bahawa segala fitnah harus diperangi dengan keberanian dan prinsip yang teguh.

Tindakan beliau yang tetap turun padang, membantu rakyat walaupun dalam tekanan kes mahkamah, telah menyentuh hati ramai pihak.

Rata-rata netizen dan pengikutnya membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat dan doa agar beliau terus kuat menghadapi apa jua keputusan.

Pssttt! Pasti ramai yang mendoakan YB Syed Saddiq yang sentiasa mengutamakan rakyatnya. Semoga kebenaran berpihak pada yang benar.

Kredit: Instagram Syed Saddiq
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas