Connect with us

Oh! Media

“Dah 5 Tahun Tunggu Keadilan” – Syed Saddiq Kecewa Prosiding Ditangguh Sebab Pendakwa Sakit Tekak

Ohmedia syed Sadd

Trending

“Dah 5 Tahun Tunggu Keadilan” – Syed Saddiq Kecewa Prosiding Ditangguh Sebab Pendakwa Sakit Tekak

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq meluahkan rasa kecewa selepas prosiding rayuannya di Mahkamah Rayuan terpaksa ditangguhkan lagi.

BACA: Pendakwa Raya Dakwa Syed Saddiq Berniat Jahat Di Sebalik Pengeluaran Dana

Kali ini, alasan yang diberikan adalah kerana Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mengalami sakit tekak di tengah perhujahan.

IKLAN

Ditunda pada bulan hadapan

Menurut Syed Saddiq, penangguhan bermakna beliau perlu menunggu sehingga bulan hadapan untuk meneruskan prosiding tersebut.

Meskipun begitu, beliau tetap mendoakan agar pihak pendakwa segera sembuh. Tetapi, kekecewaan tetap dirasai kerana kes ini telah berlarutan begitu lama.

Dalam video berdurasi hampir dua minit itu, Syed Saddiq turut menegaskan bahawa sepanjang lima tahun kes ini berjalan, beliau tidak pernah cuba untuk melambatkan proses perbicaraan.

Syed Saddiq tak pernah MC, mahu segera selesai

Syed 1

Saya tidak pernah sekali pun minta kes saya digugurkan. Saya tidak pernah minta MC atau check-in hospital bagi melewatkan perbicaraan saya di mahkamah.

Beliau juga menambah bahawa dirinya sentiasa hadir ke mahkamah tanpa gagal, demi membuktikan bahawa dia tidak bersalah sejak dari awal lagi.

Ini disebabkan beliau percaya bahawa mahkamah adalah tempat terbaik untuk mencari kebenaran.

Lebih menyentuh hati, Syed Saddiq menamatkan luahannya dengan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Tuhan. Baginya, kekuatan untuk terus berjuang demi keadilan hanya datang daripada Allah S.W.T.

Luahan penuh emosi ini nyata mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata turut bersimpati dan berharap agar keadilan dapat ditegakkan secepat mungkin.

Ohmedia syed Sadd

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram Syed Saddiq


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas