Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Menyesal…” – Ini Reaksi Syed Saddiq Selepas Didapati Bersalah

Syed saddiq ohmedia

Oh! Negara

“Saya Tak Menyesal…” – Ini Reaksi Syed Saddiq Selepas Didapati Bersalah

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq akur dan hormati keputusan hakim Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah empat tuduhan pecah amanah yang kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10 juta.

BACA: Mahkamah Tinggi Sahkan Syed Saddiq Bersalah Atas 4 Pertuduhan

Syed juga menyatakan dia bersedia untuk menerima segala kritikan memandangkan keputusan tidak memihak kepadanya.

IKLAN

Saya perlu terima kritikan dengan hati yang terbuka, sama saja seperti saya perlu terima keputusan Mahkamah Tinggi dan Hakim hari ini.

Saya tidak boleh membezakan diri saya dengan mana-mana rakyat yang lain yang turut diadili di dalam mahkamah.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman ke atas Syed sementara menanti keputusan Mahkamah Rayuan.

Saya perlu rayu ke peringkat Mahkamah Rayuan. Saya terima seadanya, sebab itu saya perlu menghormati keputusan tersebut.

“Saya tak takut, BERANI KERANA BENAR…” – Syed Saddiq

Syed turut berkongsi satu kenyataan di aplikasi X di mana dia takkan berhenti dan akan terus bersuara demi kebenaran.

Image 10

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas