Oh! Negara
Mahkamah Tinggi Sahkan Syed Saddiq Bersalah Atas 4 Pertuduhan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini didapati bersalah di atas empat tuduhan iaitu melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
BACA: Berdepan Empat Pertuduhan, Syed Saddiq Diminta Bela Diri
Keputusan itu dibuat hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Mengikut kertas pertuduhan Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa bersubahat dengan bekas Penolong Bendahari Armada Rafiq Hakim untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta.
Untuk pertuduhan kedua, beliau didakwa menyalahgunakan wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang terbabit.
Selain itu, Syed Saddiq dituduh melibatkan diri dalam pengubahan wang haram melibatkan pemindahan wang bernilai RM50,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM