Connect with us

Oh! Media

zahid hamidi

Oh! Negara

RM5.9 Juta Zahid Hamidi Bukan Dari Hasil Haram Dan Digunakan Untuk Dirikan Pusat Keagamaan

Hari ini telah berlangsung prosiding di Mahkamah Tinggi melibatkan pembelian dua lot banglo bernilai RM5.9 juta oleh Yayasan Akalbudi milik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam yang mewakili Zahid bagaimanapun memaklumkan duit pembelian banglo berkenaan tidak datang daripada kegiatan haram.

IKLAN

Zahid yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik turut memaklumkan wang RM5.9 juta itu dalah hasil sumbangan daripada dua ahli perniagaan iaitu Junaith Asharab dan Mubarak Hussain Akhtar Husin. Mereka berdua adalah saksi bagi kes ini.

Justeru pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa RM5.9 juta adalah hasil aktiviti haram.
Penyumbang ini (wang daripada saksi 36 dan 62) datang ke mahkamah dan keterangan mereka membuktikan bahawa tidak ada unsur rasuah.

Kedua-dua banglo itu juga dikatakan telah diubah menjadi pusat kegiatan agama iaitu Yayasan Al-Falah dan diuruskan oleh adik Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

Sebelum ini, Zahid telah didakwa dengan 47 pertuduhan yang terbahagi kepada beberapa kesalahan seperti pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas