Connect with us

Oh! Media

Oh! Negara

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim Pertahan Pengurangan Hukuman Najib Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan Malaysia mengurangkan hukuman penjara kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas didapati bersalah dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam wawancara bersama Financial Times di United Kingdom, PMX menyatakan  keputusan itu adalah berdasarkan prosedur undang-undang dan memberi ruang kepada Najib Razak menjalani hukuman secara adil.

IKLAN

Saya juga melalui neraka itu dan kurungan bersendirian. Saya tidak diberi makanan luar kecuali makanan penjara.

Bagaimanapun, adakah saya perlu melayan Najib dengan cara yang sama? Saya katakan tidak, maksud saya, beliau adalah perdana menteri (sebelum ini).

Najib Razak terima pengurangan hukuman

Najib

Pada awal tahun 2023, Lembaga Pengampunan memberikan pengurangan 50 peratus terhadap hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada 6 tahun. Selain itu, Najib juga hanya perlu membayar denda  yang telah dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. Tarikh pembebasan diawalkan pada 23 Ogos 2028.

PMX tegas dengan perbuatan rasuah

Najib

Walaupun PMX mempunyai sikap terbuka dalam isu tertentu, beliau menegaskan tidak akan sesekali bertoleransi dengan kes rasuah.

Terutama isu penganiayaan yang didakwa dilakukan terhadapnya pada era 1990-an di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini sedang meneruskan tuntunan saman terhadap PMX atas dakwaan fitnah.

Saya diserang dan hampir mati. Saya sudah maafkan, saya mahu teruskan.

Bagaimanapun, mencuri daripada wang awam, berbilion dan saya tidak mempunyai kuasa untuk memaafkan anda. Anda kembalikan dana itu.

#OhmediaNasihat

Perkara ini memberi peringatan kepada kita betapa pentingnya ketegasan dalam menangani rasuah bagi melindungi hak rakyat dan tidak memberi ruang kepada salah guna kuasa.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian


Lagi dalam kategori Oh! Negara

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas