Oh! Negara
PMX Cipta Sejarah Berada Di Tempat Ke-15 Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan di tempat ke-15 tokoh muslim paling berpengaruh di dunia.
Perkara itu diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC) dalam `The World’s 500 Most Influential Muslims’ edisi 2025.
Untuk pengetahuan korang, RISSC adalah sebuah pusat kajian bebas yang bernaung bersama Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt.
Selain itu, PMX juga disenaraikan di tempat ke-9 untuk kategori pemimpin dan ahli politik. Ia juga merupakan pencapaian tertinggi beliau The World’s 500 Most Influential Muslims berbanding tahun sebelum ini
Penerbit RISSC juga mengatakan Anwar Ibrahim lantang bersuara mengenai isu Gaza dan Palestin yang terus dijajah oleh pendatang haram.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM