Oh! Negara
Penjawat Awam Negeri Ini Pula Terima Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Dari Kerajaan MADANI!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan MADANI akan membiayai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) sebanyak RM500 untuk penjawat awam kerajaan negeri Terengganu.
Menurut laporan Berita Harian, bantuan ini akan memberi manfaat kepada lebih 14,000 penjawat awam dan dijangka disalurkan sebelum Aidilfitri bagi meringankan beban persiapan menyambut lebaran dan perkara ini dikatakan sendiri pihak Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan.
Berita gembira untuk penjawat awam Terengganu

Pengumuman ini dibuat selepas lawatan Perdana Menteri ke Terengganu pada 21 Mac 2025.
Kerajaan MADANI kekal komited dengan prinsip kesaksamaan dan pendekatan manusiawi supaya kemakmuran negara dapat dirasai secara bersama, sejajar dengan wawasan Menaikkan Lantai dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Gred 56 dan ke bawah bakal dapat bantuan ini

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa BKK Aidilfitri sebanyak RM500 akan diberikan kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah, manakala pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima RM250.
#ApaKataOhmedia
Bantuan ini pasti memberikan sedikit kelegaan buat penjawat awam yang berkhidmat dengan penuh dedikasi. Gunakan wang ini dengan bijak untuk keperluan Aidilfitri, dan jangan lupa untuk berbelanja secara berhemah!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM