Connect with us

Oh! Media

Op Airways: Pegawai Kastam Yang Ditahan Dari Gred WK19 Sehingga WK22

Sprm Vape

Oh! Negara

Op Airways: Pegawai Kastam Yang Ditahan Dari Gred WK19 Sehingga WK22

Minggu lepas, negara digemparkan dengan pendedahan sindiket penyeludupan dan pengelakan cukai rokok elektronik (vape) melalui Op Airways di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

BACA: Op Airways: Sindiket Suap Penguat Kuasa Lebih RM6,000 Sehari

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 12 akaun bank dan menyita beberapa aset susulan penahanan enam pegawai kastam serta lapan individu, termasuk enam pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

IKLAN

Ada pegawai yang hidup sebagai penguasa dan ‘collector’

Bosksu
Kredit foto SPRM

Menerusi laporan dari Harian Metro, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah menyita pelbagai dokumen penting, termasuk Airway Bill, pesanan pembelian, baucar pembayaran dan pesanan penghantaran.

Selain itu, dokumen seperti Electronic Pre-Alert Manifest (ePAM), dokumen K1 dan beberapa dokumen lain yang berkaitan dengan siasatan kes juga dirampas.

Kesemua pegawai kastam yang ditahan bermula dari gred WK19 sehingga WK22 (Pembantu Penguasa
Kastam).

Salah seorang daripada mereka berperanan sebagai ‘collector’ yang menerima rasuah sebanyak RM4,000 sehingga RM6,000 sehari sebelum rasuah itu diagih-agihkan antara pegawai kastam yang lain.-Katanya

SPRM dedah sindiket ini mempunyai ‘networking’ antarabangsa yang luas

Copy of Untitled Design 85

Melalui Bahagian Perisikan SPRM, Azam berkata pihaknya telah mengenal pasti penerbangan yang membawa rokok elektronik tersebut berasal dari Macau dan Hong Kong.

Namun, siasatan lanjut sedang giat dijalankan untuk mengesahkan negara asal sebenar barangan seludup itu.

Barang dibawa masuk ke Malaysia dengan cara pengikraran yang tidak betul dilakukan bermula dari sana lagi.

Dipercayai sindiket ini mempunyai rangkaian antarabangsa untuk membuat pengikraran yang tidak betul bagi mengelirukan pihak berkuasa di Malaysia.-Katanya

Beliau menjelaskan lagi bahawa pengikraran yang tidak tepat menyukarkan pihak berkuasa untuk mengesan barangan tersebut dan untuk mengelak daripada pemeriksaan di pintu keluar kastam, rasuah diberikan bagi memastikan rokok elektronik itu lolos tanpa disiasat.

Snapinstapp 474691426 18478923001015539 7582545356671536322 n 1080

BACA: Ini Nasib 6 Pegawai Kastam Yang Terlibat Dalam Sindiket Vape Di Pusat Kargo KLIA

Azam juga menambah, beberapa pegawai kastam dan pengarah syarikat lain kini tersenarai dalam radar dan perhatian SPRM. Siasatan serta risikan lanjut sedang giat dilakukan bagi mengenal pasti peranan mereka dalam sindiket ini.

Sprm Vape

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: Harian Metro


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhd Farhan
Farhan adalah perancang strategik untuk tim Oh! Media yang gemar menulis segmen politik dan tidak ketinggalan meneroka isu-isu semasa. Dengan kepakaran dan minat mendalam, Farhan memastikan setiap penulisannya memberikan perspektif yang bernas dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas