Connect with us

Oh! Media

Nahas FRU Di Teluk Intan, Laungan Takbir Dan Tangisan Iringi Pemergian 9 Wira Negara

Ohmedia anggora fru meninggal dunia

Oh! Negara

Nahas FRU Di Teluk Intan, Laungan Takbir Dan Tangisan Iringi Pemergian 9 Wira Negara

Pagi yang sepatutnya tenang bertukar menjadi detik penuh duka apabila satu nahas tragik membabitkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) meragut sembilan nyawa di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Insiden kira-kira jam 8.50 pagi itu menyebabkan suasana lokasi bertukar pilu dengan laungan takbir dan tangisan anggota yang menyaksikan rakan seperjuangan terkorban di hadapan mata.

Suasana sayu, rakan FRU sebak jerit Allahuakbar!

Image

Saksi kejadian, Noor’ Ain Asyiqin Abdul Khalel, 39, berkongsi suasana menyayat hati sewaktu menyaksikan detik-detik menyedihkan itu.

IKLAN

Saya dengar bunyi rintihan, jeritan dan tangisan kuat, saya percaya ia daripada rakan-rakan mangsa. Saya sendiri sebak bila dengar mereka teriak dan jerit ‘Allahuakbar.- Katanya.

Menurutnya, kemalangan itu melibatkan kenderaan FRU dan lori muatan batu yang bertembung apabila lori cuba mengelak kereta yang keluar dari simpang, sebelum merempuh kenderaan pasukan keselamatan dari arah bertentangan.

Ada anggota FRU yang tersepit, orang ramai tak mampu buat apa…

Anggota Fru Terkorban

Seorang lagi saksi, Airul Amri Abd Hamid, 31, yang tiba beberapa minit selepas kejadian berlaku berkata, bahagian hadapan trak FRU remuk teruk hingga menyebabkan pemandu dan kelindan tersepit.

Sangat-sangat pilu dan menyedihkan. Dengar rintihan mereka yang cedera dalam, ada darah mengalir. Saya tak akan lupa apa saya lihat hari ni.- Katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa jalan tersebut memang sering berlaku kemalangan, tetapi inilah tragedi paling buruk yang pernah disaksikan.

Sebelum ni pun ada kemalangan, tapi jarang melibatkan kematian. Kali ini betul-betul tragik.- Tambahnya.

Image

Dalam kejadian memilukan itu, lapan anggota FRU disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan.

Tragedi ini bukan hanya meragut nyawa, tetapi juga meninggalkan kesan mendalam buat keluarga mangsa, rakan setugas dan seluruh rakyat Malaysia yang bersedih atas kehilangan wira-wira negara ini.

Pssttt! Hargai setiap pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas demi keselamatan kita. Tragedi ini menyedarkan kita bahawa tugas mereka penuh risiko dan memerlukan sokongan serta doa daripada kita semua. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Al-Fatihah.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas