Connect with us

Oh! Media

“Saya Memberikan Amaran Keras…” – Muhyiddin Yassin

Oh! Negara

“Saya Memberikan Amaran Keras…” – Muhyiddin Yassin

Semalam, YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu perutusan khas berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dijalankan di negara kita selama 14 hari, bermula Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari 2021. Hari ini, Pengumuman Khas Darurat pula dilakukan.

ADVERTISEMENT

BACA : Terkini! Agong Perkenan Darurat Sehingga 1 Ogos 2021

Dalam pengumuman sebentar tadi, YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa proklamasi darurat tersebut tidak melibatkan rampasan kuasa tentera mahupun perintah berkurung kepada orang ramai. Bahkan, urusan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri juga terus berfungsi seperti biasa.

Semua jenis pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa. Bahkan, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) juga tidak akan bersidang.

BACA : (Darurat) PRU, PRN & PRK Tidak Akan Diadakan Tapi Ini Jaminan PM

Kerajaan juga tidak akan mencampuri urusan serta kebebasan badan kehakiman sepanjang tempoh darurat. Ini bermaksud, badan kehakiman akan terus berfungsi bagi memastikan keadilan di negara ini terus dilaksanakan. Aktiviti ekonomi juga akan terus berjalan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

“Saya memberikan amaran keras, sesiapa yang cuba menggangu gugat usaha kerajaan untuk mengurus pandemik Covid-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan tegas demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.” – tambahnya.

Mengakhiri pengumuman, YAB Perdana Menteri mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil jika ada mana-mana pihak yang menentang ataupun menggugat usaha bagi memerangi penularan Covid-19 ini. Harapnya semua terus kekal tenang dan terus mematuhi arahan yang dah pun diberi kerajaan.

Kredit: Berita Harian

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas