Connect with us

Oh! Media

(Darurat) PRU, PRN & PRK Tidak Akan Diadakan Tapi Ini Jaminan PM

Oh! Negara

(Darurat) PRU, PRN & PRK Tidak Akan Diadakan Tapi Ini Jaminan PM

Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja selesai mengadakan pengumuman khas darurat seperti yang diputuskan YDPA.

ADVERTISEMENT

Apa yang difahamkan, sebarang Pilihan Raya tidak kira PRU, PRN mahupun PRK tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.

Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan. – Katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan untuk adakan PRU sekiranya badan khas melihat keadaan pandemik negara terkawal ataupun hilang sepenuhnya. Pada waktu itu, rakyat boleh memilih pemimpin yang dirasakan layak.

Pada masa itu terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak mentadbir negara ini. – Aku janji Perdana Menteri

Dewan Rakyat juga tidak akan bersidang sehingga satu tarikh yang ditetapkan oleh YDPA dan ahli politik boleh memberikan fokus sepenuhnya untuk memastikan Covid-19 di negara ini dapat dikawal selain memastikan bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.

Bagi kami keputusan ini adalah yang terbaik buat masa ini melihat kepada apa yang terjadi selepas PRN Sabah tempoh hari. #KitaJagaKita

Terus ke minit ke-27.

Kredit: RTM

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas