Oh! Negara
MetMalaysia Beri Amaran Cuaca Teruk Sehingga Hujung Mac, Risiko Gelombang Haba!
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran bahawa cuaca di Malaysia bakal menjadi lebih panas dan kering susulan fasa terakhir Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung Mac.
Suhu dijangka melebihi 35°C!

Menurut laporan Buletin TV3, beberapa negeri seperti Kelantan, Perak, dan Pahang dijangka mengalami kurang litupan awan dan hujan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah MetMalaysia, Mohd Hisham Mohd Arip.
Ketiadaan hujan dalam tempoh panjang boleh menyebabkan suhu meningkat melebihi 35°C pada waktu siang. Bacaan tertinggi setakat ini dicatat di FELDA Teloi Kanan, Baling, Kedah dengan suhu 36.1°C pada 11 Februari lepas.
Risiko gelombang haba dan jerebu

Fenomena panas ini bukan sesuatu yang baru, kerana ia berlaku setiap tahun dari Februari hingga Mei. Namun, tahun ini dijangka tidak seteruk 2024.
MetMalaysia juga tidak menolak kemungkinan Malaysia akan mengalami gelombang haba dan jerebu dalam tempoh tersebut.
Kami menyarankan orang ramai mengehadkan aktiviti luar dan sentiasa peka terhadap keadaan cuaca bagi mengelakkan risiko kesihatan akibat cuaca panas.
#ApaKataOhmedia
Cuaca panas boleh memberi kesan kepada kesihatan dan keselamatan. Pastikan minum air secukupnya, elakkan pendedahan terlalu lama di bawah matahari, dan kurangkan aktiviti luar jika suhu semakin tinggi!

Jap!
Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Buletin TV3
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM