Kerjasama antara Malaysia dan Singapura untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kian menjadi kenyataan.
Projek mega yang dimeterai pada 7 Januari 2025 di Putrajaya, mencerminkan kesungguhan kedua-dua negara untuk mengukuhkan pertumbuhan ekonomi serantau.
JS-SEZ menggabungkan kekuatan Malaysia sebagai penyedia sumber asli dan tenaga kerja yang berdaya saing dengan kedudukan Singapura sebagai pusat kewangan global.
Usaha ini diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, dalam sidang kemuncak pemimpin kedua-dua negara.
Kerjasama dua negara ini buatkan Indonesia tak senang duduk…
Namun, perkembangan ini menimbulkan reaksi dari Indonesia, terutamanya Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, yang menyifatkan langkah ini sebagai cubaan untuk meniru kejayaan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Indonesia.
Menurut Airlangga, seperti dipetik dari Antara News, Malaysia dan Singapura seolah-olah meniru kejayaan Indonesia, terutamanya dalam sektor mineral kritikal serta inovasi digital seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan.
Malaysia telah melihat kejayaan kita dalam menubuhkan beberapa SEZ, terutamanya dalam sektor mineral kritikal. Kini mereka cuba menerapkan konsep yang sama.- Ujar Airlangga.
Kerjasama dua negara yang bakal beri cabaran kepada Indonesia…
JS-SEZ Johor-Singapura yang terletak berhampiran SEZ Batam dan SEZ Galang Batang di Kepulauan Riau, Indonesia, bakal memberikan persaingan langsung kepada SEZ Indonesia.
SEZ di Indonesia sebelum ini telah menarik pelabur global, namun kini mereka perlu bersaing dengan zon baharu ini.
JS-SEZ jadi pilihan baru pelabur dari seluruh dunia…
Menurut laporan oleh Nomura, JS-SEZ mempunyai potensi besar untuk menarik syarikat global yang ingin mengurangkan risiko operasi di negara ASEAN lain seperti Vietnam dan Indonesia.
Faktor seperti status Singapura sebagai pusat kewangan global dan infrastruktur Johor yang kompetitif menjadikan rantau ini pilihan pelaburan yang menarik.
Rangkaian pengangkutan seperti Pautan RTS Johor-Singapura dan ART/LRT Johor turut meningkatkan daya tarikan JS-SEZ ini.
Namun, Airlangga menegaskan bahawa meskipun Indonesia tidak dapat menghalang negara lain daripada meniru dasar pembangunan SEZ, mereka perlu bersedia untuk bersaing.
#OhmediaNasihat
Projek JS-SEZ ini menjadi bukti bahawa persaingan sihat mampu mendorong inovasi dan kemajuan ekonomi.
Bagi Malaysia dan Singapura, ini adalah peluang untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan.